Page 286 - FASS Undergraduate Prospectus 2023-2024
P. 286

AIL3032
     Gerakan Komunis dan Darurat di Malaysia
     The Communist Movement and Emergency in Malaysia


    Kursus  ini  bertujuan  membincangkan  perkembangan  penting  sepanjang  zaman  darurat  di  Tanah  Melayu  (1948-  1960)  dan  era
    kebangkitan  semula  PKM  (1968-1989).  Pergerakan  komunis  dan  usaha  menegakkan  pengaruhnya  dalam  kalangan  penduduk  diberi
    perhatian  dalam  kursus  ini.  Penelitian  juga  diberi  kepada  langkahlangkah  kerajaan  Malaysia  dalam  menangani  insurgensi  komunis.
    Suasana  di  Malaysia  dan  kesan  insurgensi  komunis  ke  atas  aspek  sosial,  ekonomi  serta  politik  turut  dibincangkan  dalam  kursus  ini.
    Seterusnya, kursus ini juga meneliti kegagalan perjuangan gerakan komunis di Malaysia pada tahun 1989.

    This course discuss all the important development during the emergency era in Malaya (1948-1960) and resurgence era of MCP (1968-
    1989).  The  movement  of  communist  and  the  effort  to  instill  their  influence  on  the  local  will  be  given  attention  in  this  course.  Precision
    studies  on  the  steps  taken  by  the  government  to  counter  the  communist  insurgency.  Scenario  in  Malaysia  and  influence  of  communist
    insurgency upon social, economic and politics will be discuss in this course. This course also examine the failure of communist movement in
    Malaysia in 1989.





     AIL3033
     Sejarah Perniagaan di Malaysia
     Business History in Malaysia

     Pengenalan  kepada  sejarah  perniagaan  di  Malaysia  bermula  sejak  penghujung  abad  ke-19  hingga  ke  masa  kini  menjadi  focus  utama
     kursus ini. Malaysia  mempunyai sejarah perniagaan yang unik memandangkan negara kita menjadi pembekal getah, bijih timah utama
     dunia  diikuti  dengan  kelapa  sawit  sejak  awal  abad  ke-20.  Justeru  itu,  kursus  ini  mengaitkan  perkembangan  perniagaan  di  Malaysia
     dengan perkembangan ekonomi dunia khususnya sejarah perniagaan komoditi di Malaysia sejak zaman British hingga kini. Kursus ini juga
     menganalisis sejarah moden perniagaan dan keusahawanan di Malaysia, sejarah perkembangan syarikat Eropah (terutama British), Dasar
     Ekonomi Baru (DEB), syarikat tempatan termasuk syarikat keluarga, perusahaan kecil dan sederhana dan juga syarikat berkait kerajaan
     (GLC)


     The  focus  of  this  course  is  on  the  development  of  business  history  in  Malaysia  since  the  end  of  the  nineteenth  century  until  present.
     Malaysia  has  a  unique  business  history  and  was  the  the  top  world  supplier  of  tin,  rubber  and  later  oil  palm  since  the  early  twentieth
     century. As such, his course explains the development of businesses in malaysia in relation to global economic development with a focus
     on  commodities  since  the  British  administration  until  present.  This  course  also  analyses  the  history  of  modern  businesses  and
     entrepreneurship  in  Malaysia  i.e.  the  development  of  European  businesses  (especially  British),  the  New  Economic  Policy,  and  domestic
     businesses (family businesses, SMEs and GLCs).
   281   282   283   284   285   286   287   288   289   290   291