Page 285 - FASS Undergraduate Prospectus 2023-2024
P. 285

AIL3028
     Pensejarahan Melayu
     Malay Historiography


     Kursus  ini  akan  mendedahkan  kepada  pelajar  kewujudan  naskhah-naskhah  pensejarahan  Melayu  dan  kebolehannya  sebagai  sumber
     sejarah. Pelajar dijelaskan perihal ciri-ciri pensejarahan Melayu, tema, unsur metos, masalah dan kaedah dalam memanfaatkan sumber
     tersebut.  Kursus  ini  turut  mengetengahkan  kepada  pelajar  beberapa  teks  atau  naskhah  Melayu  seterusnya  melatih  pelajar  membuat
     analisis teks, memberi persepsi dan mengaplikasi fakta sejarah yang terkandung di dalamnya.

     This course will exposed students to the existence of manuscripts in Malay historiography and its ability as a history sources. Students
     explained the characteristics of Malay historiography, theme, the myths, problems and methods of using its as sources. Student also will
     be exposed how to analyze the manuscripts (textual analysis) and apply the perception of historical facts contained in it.







     AIL3030
     Sejarah dan Pembangunan di Sarawak dan Sabah Pasca Perang Dunia Kedua
     History and the Development in Sarawak and Sabah After Second World War


     Kursus ini membincangkan sejarah pembangunan di Sarawak dan Sabah berdasarkan perubahan pentadbiran pasca Perang Dunia Kedua,
     iaitu dari zamanpenjajahan British di Sarawak dan Sabah sehingga era selepas kemerdekaan. Di situ dapat dilihat perubahan pembangunan
     pentadbiran,  sosioekonomi  dan  politik  di  kedua-dua  negeri  itu  di  bawah  pentadbiran  kerajaan  yang  berlainan  dalam  era  pasca  Perang
     Dunia Kedua (1946- 1990). Hubungan di antara negeri Sarawak dan Sabah dengan Kerajaan Persekutuan dan isu-isu berbangkit di bawah
     Persekutuan Malaysia juga dibincangkan dalam kursu ini.


     The course discuss historical development in Sarawak and Sabah based on the changes of administration after the Second World War, that
     is British colonization in Sarawak and Sabah until postindependence. Changes could be seen in the socioeconomic and politics development
     of the two states under the administration of different rule after the Second World War (1946-1990). The relationship of Sarawak and
     Sabah with Federal Government and issues raised under Federation of Malaysia also will bdiscussed in this course.





     AIL3031
     Politik Malaysia Pasca Merdeka
     Malaysian Politics after Independent


     Kursus ini mengkaji sejarah kewujudan sistem demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan di negara ini dari tahun 1957. Bahagian
     awal kursus akan mengkaji proses kewujudan parti-parti politik di negara ini selepas Perang Dunia Kedua dan sistem kerajaan yang wujud
     pada masa ini. Kemudian modul ini mengkaji sejarah politik beberapa pentadbiran yang wujud selepas 1957 sambil juga mengkaji stail
     kepimpinan serta dasar politik, ekonomi, dan sosial yang diperkenalkan. Kajian ini juga akanmerangkumi perbincangan sistem federal yang
     digunapakai serta perkembangan politik di Sabah dan Sarawak.


     This course will examine the emergence and growth the system of parliamentary democracy and constitutional monarchy in the country
     since 1957. The early part of the course will examine the emergence of political parties in the country after the Second World War and the
     system of government at the time. Then this module will examine the history of several administrations after 1957, including the style of
     leadership as well as political, economic and social policies that were introduced. This course will cover the discussion of the federal system
     of governance and political developments in the states of Sabah and Sarawak.
   280   281   282   283   284   285   286   287   288   289   290