Page 288 - FASS Undergraduate Prospectus 2023-2024
P. 288

AIL3038
     Sejarah Amerika Syarikat Moden
     Modern American History



     Kursus ini memberi tumpuan kepada proses pembentukan negara Amerika Syarikat sejak 1860 serta menjelaskan perkembangan dalam
     negeri merujuk kepada kemunculan era Perindustrian 1865- 1900, Progresivisme 1901-1917, dan ekonomi Amerika tahun 1920an dan
     kemeleseta  Besar  1930an.  Disamping  itu  penekanan  diberikan  kepada  perkembangan  luar  negeri  merujuk  kepada  dasar  imperialisme
     1890-1900,  Perang  Dunia  Pertama  1914-  1918,  Perang  Dunia  Kedua  1942-45  dan  Perang  Dingin.  Pembentukan  masyarakat  baru  dan
     gerakan hak sivil sejak 1945 dan perkembangan baru dasar dalam dan luar negeri Amerika sejak 1980 hingga 2004 juga diperjelaskan.


     This course focuses on the process of nation and state building in the United States since 1860. It discusses the evolution of domestic and
     foreign developments mainly the rise of the industrialisation era, 1865- 1900, Progressivism 1901-1917, the roaring twenties, the Great
     Depression of the 1930s, Imperialism 1890-1900, World War I, World War II and the Cold War. Discussions include the formation of a new
     American society and civil rights movement since 1945 and the developments of domestic and oreign policies since 1980 until present.






     AIL3039
     Sejarah Perisikan sehingga Abad ke-20
     History of Intelligence until 20th Century

     Kursus  yang  dilaksanakan  berdasarkan  tema-tema  tertentu  ini  akan  mendedahkan  beberapa  aktiviti  perisikan  yang  sememangnya
     memainkan peranan penting dalam era peperangan. Berbagai aspek perisikan akan diberi perhatian seperti dalam hal berkaitan permulaan
     perisikan sebagaimana yang dipaparkan oleh The Art of War, Sun Tzu mahupun Arthasastra, Kautilya. Selain itu beberapa tema mengenai
     aktiviti  ini  akan  diberikan  perhatian  seperti  pembabitan  tokoh  dan  kumpulan  tertentu,  propaganda,  dan  sebagainya  ketika  era  Perang
     Dunia Kedua dan selepasnya.

     Courses  carried  out  on  these  specific  themes  will  reveal  some  intelligence  activities  that  play  an  important  role  in  the  war  era.  Various
     aspects  of  intelligence  will  be  given  attention  as  in  the  case  of  intelligence  commencement  as  shown  by  The  Art  of  War,  Sun  Tzu  or
     Arthasastra, Kautilya. Additionally some themes about this activity will be given attention such as the involvement of certain figures and
     groups, propaganda, and so on during the Second World War era and beyond.





      AIL3040
      Perluasan Ekonomi Eropah sehingga Awal Abad ke-20
      European Economic Expansion until Early 20th Century


      Kursus  ini  mengesan  faktor-faktor  yang  mendorong  perluasan  ekonomi  kuasa  Eropah;  permulaan  dasar  merkantilismedi  Eropah
      Barat; perkembangan Revolusi Perindustrian; kesan Revolusi Perindustrian kepada dasar perluasan kuasa Eropah; permulaan dasar
      imperialisme baru dan kesannya ke atas dunia luar sehingga Perang Dunia I.


      This  course  traces  factors,  which  led  to  the  economic  expansion  of  Europe;  origin  of  mercantilism  system  in  Western  Europe;  the
      development of Industrial Revolution; impact of Industrial Revolution on the expansion of European powers; origin of new imperialism
      and its effect to the outside world until First World War.
   283   284   285   286   287   288   289   290   291   292   293