Page 30 - FASS Undergraduate Prospectus 2023-2024
P. 30
Sinopsis Kursus Teras / Core Courses Synopsis
AIA1002
Pengenalan kepada Etnografi
Introduction to Ethnography
Kursus ini bertujuan memperkenalkan etnografi, satu metodologi asas pada bidang antropologi sosio-budaya. Perbincangan
mengenai subjek ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama membincangkan karya-karya etnografi. Bahagian kedua
tertumpu kepada konsep konsep asas, kaedah penyelidikan dan proses penulisan
etnografi.
This course aims to introduce ethnography as a key methodology to Socio-Cultural Anthropology. The course will be divided into two
parts. The first part of the course will discuss ethnographic production. The second part focuses on basic concepts in ethnography,
ethnography as a research methodology and the process of writing ethnographies.
AIA1005
Pengantar Antropologi dan Sosiologi
Introduction to Anthropology and Sociology
Kursus ini membincangkan serta meneliti bidang Antropologi dan Sosiologi, tujuan dan perkembangan bidang tersebut.
Perbincangan akan ditumpukan kepada aspek teori dan metodologi asas serta konsep-konsep utama seperti budaya,
masyarakat, sistem ekonomi, keugamaan, sistem kekeluargaan, hubungan sosial, masalah sosial dan organisasi sosial.
Penekanan turut diberikan kepada proses sosial seperti sosialisasi, stratifikasi, hubungan etnik dan institusi-institusi sosial.
Justeru, pendekatan silang budaya diperkenalkan bagi memahami budaya sebagai suatu expresi lokal dan dalam masa yang
sama, sebagai suatu fenomena sosial sejagat.
This course aims to explore the discipline of anthropology and sociology, looking at the purpose and development within it. The
discussion focuses on aspects of theory and methodology, as well a key concepts such as culture, society, economic system,
religion, kinship, social relations, social issues, and social organization. A key aspect that will be discuss involves exploring
processes such as, socialization, social stratification, ethnic relations and social institutions. Using a cross-cultural approach,
students will be exposed to culture as being both a particular expression and as a universal social phenomena.
AIA1007
Pengantar Psikologi
Introduction to Psychology
KKursus ini memperkenalkan psikologi sebagai satu disiplin saintifik dan meliputi konsep serta prinsip utama dalam bidang
psikologi. Topik yang akan dibincangkan adalah berkaitan dengan kognitif, sosial dan emosi manusia. Kursus ini juga akan meneliti
proses kognitif yang asas seperti sensasi dan persepsi, memori, bahasa, tekanan, personaliti dan tingkahlaku abnormal.
This course introduces psychology as a scientific discipline that covers the main concepts and principles in psychology. Topics discussed
covers the cognitive, social, and emotional aspects. This course also reviews basic cognitive processes such as sensation and perception,
memory, language, stress, personality, and abnormal behaviour.