Page 32 - FASS Undergraduate Prospectus 2023-2024
P. 32
Sinopsis Kursus Teras / Core Courses Synopsis
AIA2024
Psikologi Kerja
Work Psychology
Pelajar akan diperkenalkan dengan teori dan konsep berkaitan topik berikut: skop dan definisi psikologi kerja, perbezaan individu,
persepsi dan atribusi, punca-punca motivasi, proses motivasi, rekabentuk kerja dan tekanan kerja.
Students will be introduced to theories and concepts related to these topics: work psychology scope and definition, individual
difference, perception and attribution, causes of motivation, motivational process, work design, and work stress.
AIA2026
Seni, Agama dan Ritual
Arts, Religion and Ritual
Kursus ini meneliti pelbagai seni, kepercayaan, dan amalan tradisi agama utama di Asia: Agama Hindu, Agama Buddha,
Konfusianisme, Shintoisme, Shamanisme, dan agama moden.
This course will examine the diverse arts, beliefs, and practices of major Asian religious traditions: Hinduism, Buddhism,
Confucianism, Shintoism, Shamanism, and modern-day religions.
AIA2036
Pembangunan Organisasi
Organizational Development
Kursus ini mendedahkan pelajar kepada topik-topik yang terkandung dalam bidang industri dan organisasi iaitu psikologi
personal, latihan dan pembangunan. Topik-topik seperti pengenalan kepada organisasi dan pembangunan industri akan
diketengahkan sebagai pengenalan kepada kursus ini. Ia diikuti oleh topik-topik dalam psikologi personal seperti motivasi dan
kepimpinan, pengurusan, etika kepimpinan, pembangunan dan pengembangan organisasi. Ia juga merangkumi persekitaran
organisasi yang dapat mempengaruhi perubahan reka bentuk dan pengurusan serta mengubah struktur organisasi bagi
meningkatkan keberkesanan organisasi. Kursus ini bertujuan mengkaji aspek tersebut dari perspektif akademik dan praktikal.
This course exposes students to topics in the field of industry and organisation: personal psychology, training, and development.
Topics such as introduction to organisation and industrial growth will be highlighted as an introduction to this course. This is
followed by topics in personal psychology such as motivation and leadership, management, leadership ethics, development, and
organisation growth. It also covers organisational environment that could influence the organisational design and management,
and transform the structure of an organisation to improve organisational effectiveness. This course aims to study these aspects
from both an academic and practical perspective.