Page 31 - FASS Undergraduate Prospectus 2023-2024
P. 31
Sinopsis Kursus Teras / Core Courses Synopsis
AIA1009
Pembangunan dan Komuniti Terpinggir
Development and Marginalised Communities
Kursus ini bertujuan mendedahkan pelajar meneliti proses-proses pembangunan dan impaknya terhadap komuniti-komuniti yang
terpinggir. Pelajar diarahkan kepada aspek- aspek penting untuk mengenal pasti proses- proses pembangunan ke atas beberapa
etnik komuniti terpinggir di Malaysia dan negara luar yang terpilih. Subjek ini juga akan membincangkan kesan pembangunan
terhadap sistem sosioekonomi, budaya, agama dan kepimpinan, serta kesan proses dan perlaksanaan pembangunan yang
pelbagai terhadap tradisi warisan, tanah adat pusaka dan identiti komuniti yang terlibat.
This course aims to expose students to the development processes and their impact on marginalized communities. Students are
directed to important aspects to identify development processes on some of the marginalized ethnic communities in Malaysia and
selected foreign countries and the impact of development on the socio-economic, cultural, religious and leadership systems, as well
as the impact of various development processes and implementations on tradition heritage, customary land and the identity of the
community involved.
AIA1013
Komuniti dan Persekitaran
Community and Environment
Kursus ini memerihalkan isu-isu komuniti dengan persekitaran . Mengenalpasti punca dan masalah kepada pencemaran dan
pola penggunaan yang melepasi keupayaan persekitaran. Persoalan dan isu komuniti dengan persekitaran semakin hebat
terutama dalam pembangunan yang berlaku pada masa kini. Perhatian harus diberikan terutama oleh pihak kerajaan dalam
memastikan pembangunan lestari berlaku. Penggubalan dasar dan polisi kerajaan juga dilihat sebagai satu pendekatan yang
digunakan untuk menyelesaikan masalah serta isu komuniti dengan persekitaran di sesebuah negara.
This course analyses community and environmental issues. It identifies causes and problems of pollution and usage pattern that
has gone beyond the environmental capacity. Issues on community and environment has become more outstanding especially in
the current development. The government should give attention to sustainable development. Formulation of government policy is
one of the approaches used in solving community problems and environmental issues in a country.
AIA1007
Pengantar Psikologi
Introduction to Psychology
Kursus ini memberi tumpuan utama terhadap isu dan permasalahan berhubung dengan ketaksamaan sosial yang berlaku di kalangan
masyarakat di seluruh dunia. Perbincangan kursus ini juga merangkumi masyarakat berkelas dan masyarakat egalitarian. Selain itu
ketaksamaan sosial juga dilihat berdasarkan dimensi yang berbeza seperti ras dan etnik, gender, kemiskinan serta gaya hidup setiap
kelas sosial.
This course mainly focuses on issues and problems associated with various form of social inequalities occurring in the world community.
Discussion in this course covers issues related class society and egalitarian society. The course will also review social inequality based on
different dimensions including race, ethnicity, gender, poverty and life styles in every social class.