Page 48 - FASS Undergraduate Prospectus 2023-2024
P. 48

Sarjana Muda Geografi

                                               Jabatan Geografi


                                           Bachelor of Geography

                                        Department of Geography



          Jabatan Geografi, Universiti Malaya ditubuhkan di Lembah Pantai pada tahun 1959. Sepanjang tempoh enam puluh dua tahun sejak

      penubuhannya, ia merupakan satu jangka masa yang cukup lama bagi Jabatan Geografi untuk terus mempertingkatkan tahap kualiti
      pendidikannya  sejajar  dengan  melahirkan  modal  insan  yang  memiliki  kemahiran  dan  kepakaran  dalam  bidang  sub-pengkhususan

      tertentu merangkumi aspek geografi. Perkembangan geografi bermula sebagai subjek akademik di peringkat pengajian tinggi pada tahun

      1928  iaitu  di  Raffles  College,  Singapura  yang  mana  ketika  itu  dikenali  sebagai  Tanah  Melayu.  Dua  puluh  satu  tahun  kemudian,  ia
      mencapai status universiti dengan menggunakan nama Universiti Malaya yang ditubuhkan pada tahun 1949, juga di Singapura. Setelah
      Persekutuan Tanah Melayu merdeka pada tahun 1957, dua tahun kemudian sebuah kampus telah ditubuhkan di sebuah kawasan yang

      indah  bentuk  muka  buminya  iaitu  di  Lembah  Pantai  yang  terletak  di  bahagian  barat  Kuala  Lumpur.  Pada  masa  tersebut,  Jabatan

      Geografi diwujudkan dengan lima orang staf akademik dan seorang kakitangan am. Kini, Jabatan Geografi semakin berkembang dengan
      menawarkan program di peringkat Ijazah Sarjana Muda Geografi dan di peringkat siswazah pula adalah Ijazah Sarjana Sastera (MA) dan

      Doktor  Falsafah  (PhD).  Pada  peringkat  Ijazah  Sarjana  Muda  dan  Ijazah  Tinggi,  pelajar  berpeluang  mempelajari  pelbagai  bidang  sub-
      pengkhususan  yang  merangkumi  Geografi  Sosial,  Geografi  Fizikal,  Geografi  Bandar,  Geografi  Politik,  Geografi  Ekonomi,  Geografi

      Pengangkutan, Geografi Bencana Alam, Biogeografi, Sistem Informasi Geografi, Penderiaan Jauh dan kursus-kusus lain yang berkaitan
      dengan disiplin Geografi. Pelajar juga mempunyai fleksibiliti dalam mengembangkan ilmu geografi dengan disiplin lain melalui program

      kolaborasi yang dijalankan di Universiti Malaya.



         Selain itu, melalui penerapan nilai kurikulum baharu dalam program pengajian di Jabatan Geografi yang dinilai setiap lima tahun,
      dapat  memastikan  penambahbaikan  kualiti  secara  berterusan  dan  relevan  dengan  keperluan  pasaran  dan  keadaan  semasa.  Pelajar

      turut didedahkan tentang penggunaan teknologi baru dalam pendidikan dan penyelidikan, latihan industri, program pertukaran pelajar
      dan sebagainya agar dapat meningkatkan tambah nilai kepasaran dan semangat daya saing di kalangan pelajar untuk menempuh alam

      pekerjaan. Manakala dari segi kakitangan akademik di Jabatan Geografi pula adalah terdiri daripada para pensyarah yang mempunyai
      kepakaran dalam bidang masing-masing berdasarkan kepada program yang ditawarkan sejajar dengan Polisi Kualiti Universiti Malaya.

      Mereka juga sangat aktif dalam menjalankan penyelidikan baik di dalam mahupun di luar negara. Turut menjadi pembakar semangat

      warga jabatan adalah alumni terbilang dari Jabatan Geografi iaitu YBhg. Prof. Dato' Dr. Ghazali bin Dato' Mohd. Yusoff, selaku Pengerusi
      Eksekutif dan Pengarah Urusan Nusantara Technologies Sdn. Bhd. Beliau merupakan tokoh intelektual dan pengusaha di Malaysia. Selain

      itu,  dalam  bidang  akademik  pula  adalah  YBhg.  Prof.  Madya  Ts.  Dr.  Ramzah  Dambul,  yang  kini  merupakan  Timbalan  Naib  Canselor
      (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan YBhg. Profesor Dr. Mohd Rafi Bin Yaacob pula merupakan Timbalan Naib

      Canselor, Akademik & Antarabangsa, Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Sehubungan dengan ini, menjadi kebanggaan warga Jabatan
      Geografi untuk sentiasa komited dalam mempertingkatkan sistem pendidikan, proses pembelajaran dan penyelidikan di kalangan para

      pelajar.
   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53