Page 9 - E-TINTA mac
P. 9

Program                                                                                       9








                Survival Luar Kampus


                                Siri 10
                Program  Survival  Luar  Kampus  Siri  10  telah
                diadakan pada 03 – 05 Mac 2017 bertempat di
                Kela Adventure Camp, Raub Pahang. Seramai 76
                pelajar  termasuk  7  orang  fasilitator  (Ahli  JPLK)
                telah menyertainya.

                Program  ini  dipenuhi  dengan  pelbagai  aktiviti
                yang  mencabar  minda  dan  menguji  kesabaran
                serta memerlukan  pelajar  mempunyai  tahap
                keberanian  yang  tinggi  dalam  diri.  Ianya  juga
                memerlukan  satu  keyakinan  yang  tinggi  apabila
                melakukan  aktiviti  yang  sihat  tersebut,  justeru
                dapat memberikan  kepuasan  yang  sangat
                mengujakan.

                Tanpa   mengutamakan      keselesaan    tempat
                tidur  dan  suasana  persekitaran  tanpa  liputan
                rangkaian telekomunikasi dan internet, program
                ini  juga  melatih  peserta  untuk  memupuk
                nilai-nilai  murni  dalam  personaliti  diri.  Peserta
                telah  diberi  tanggungjawab untuk  menjalankan
                tugas melalui  jawatan-jawatan  yang  diben-
                tuk  samada  dalam  aktiviti  berkumpulan  kecil,
                kumpulan besar dan juga semasa riadah. Justeru
                itu,  sikap bertanggungjawab  akan  mendorong
                pelajar untuk melaksanakan tugas yang diamanah-
                kan  dengan  bersungguh-sungguh.  Pelajar  juga
                didedahkan dengan pelbagai masalah yang timbul
                dalam  aktiviti  outdoor.  Masalah  merupakan
                cabaran  dan  latihan  terbaik  untuk  melahirkan
                generasi  pelajar  yang  bijak  mengambil  dan
                membuat     keputusan    bagi    menyelesaikan
                masalah yang yang dihadapi. Setiap kali masalah
                berjaya diselesaikan, keyakinan diri pelajar akan
                meningkat dan  pelajar  akan  terdidik  secara
                berterusan  menerusi  pengalaman  sebenar
                yang  dialami. Pengalaman bukan  sahaja  boleh
                memperkaya dan  mengukuhkan  ilmu  tetapi
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14