Page 14 - E-TINTA mac
P. 14

14                                               Acara-acara  tersebut  ialah  Boria,  Dikir
                                                             Barat, Koir, Nasyid, Kompang, Manifestasi
                                                             Puisi,    Pop     Band,      Muzik     Akustik,
                                                             Tarian  Tradisional  Kebangsaan,  Tarian
                                                             Kreatif,  Tarian  Tradisional  Cina,  Tarian
                                                             Tradisional  India,  Nyanyian  Irama  Melayu
                                                             Asli,  Nyanyian  Bahasa  Melayu  dan
                                                             Nyanyian Bahasa Inggeris.

                                                             Pemenang        keseluruhan      pertandingan
                                                             ini  akan menerima  hadiah  berupa  wang
                                                             tunai  sebanyak  RM500  beserta  piala
                                                             dan  sijil  penyertaan.  Tempat kedua  akan
                                                             menerima  wang  tunai  RM400,  piala  dan
                                                             sijil  penyertaan  manakala  tempat  ketiga
                                                             pula  akan  menerima  wang  tunai  RM300,
                                                             piala dan sijil penyertaan. Anugerah Khas
                                                             Integrasi Kaum juga akan diberikan kepada
                                                             kolej yang mempunyai penyertaan peserta
                                                             daripada  pelbagai  kaum.  Pemenang  bagi
                                                             anugerah ini akan menerima sebuah piala
                                                             dan juga sijil penyertaan. Selain itu, terdapat
                                                             juga hadiah-hadiah  individu  bagi  acara
                                                             Boria,  Dikir  Barat,  Nasyid,  Pop  Band,
                                                             Muzik       Akustik,     Tarian     Tradisional
                                                             Kebangsaan,         Tarian     Kreatif      dan
                                                             pertandingan nyanyian. Pemenang individu
                                                             bagi  acara-acara berikut  akan  menerima
                                                             hadiah  berupa  sijil  bagi  mengiktiraf
                                                             kecemerlangan peranan-peranan tertentu
                                                             dalam  acara-acara yang  dipertandingkan.
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18