Page 17 - E-TINTA mac
P. 17
Para pelajar madrasah dibahagikan kepada
beberapa kumpulan menurut umur mereka agar
aktiviti yang dipilih adalah bersesuaian dengan
tahap pembelajaran mereka. Antara aktiviti yang
dilakukan termasuklah mewarna, menyesuaikan
blok huruf berwarna, membentuk binaan dari
penyedut minuman, dan menyanyikan lagu kisah
Nabi Yunus AS sebagai sebuah bentuk penguca-
pan awam.
“Di antara cabaran utama saya dalam mengu-
ruskan madrasah ini bukanlah dari segi aspek
kewangan atau pembangunan, namun menjurus
kepada aspek pendidikan dan pembelajaran. Dan
saya amat bersyukur apabila dimaklumkan yang
mahasiswa dari Universiti Malaya ini akan hadir
secara berkala untuk meluangkan masa bersama
anak-anak di sini. Saya berdoa agar hubungan ini
berkekalan demi kebaikan bersama,” kata Ummi
ketika ditemui baru-baru ini.