Page 15 - E-TINTA mac
P. 15
Berita
Kolej Kediaman Tuanku Bahiyah KOLEJ
Bersama mendidik anak madrasah Mahasiswa UM
mendekati anak-anak Madrasah Darul Tahfiz Sri Al-Ain
melalui keindahan pendidikan
Riak wajah Dina (bukan nama sebenar), 7, bertukar riang
sebaik melihat sekumpulan 15 orang mahasiswa Universiti
Malaya dari Kolej Kediaman Tuanku Bahiyah menjejakkan
kaki mereka di laman Madrasah Darul Tahfiz Sri Al-Ain, Sun-
gai Buloh. Dina yang ketika itu sedang membantu petugas
membersihkan kawasan ruang rumah yang dijadikan ka-
wasan pembelajaran anak-anak madrasah setiap hari, bing-
kas menerpa dan memeluk Siti Nurmunirah Mohd. Zamb-
ry, 20, salah seorang sukarelawan dari UM dengan penuh
mesra.
“Saya suka kakak Munirah. Dia baik,” kata Dina ringkas apa-
bila ditanya mengapa dirinya begitu teruja melihat kehad-
iran Nur Munirah. Selepas pelukannya berjaya dirungkai,
sambil tersenyum Dina pun meluru ke arah rakan-rakann-
ya yang sudah mula berkumpul untuk dibahagikan kepada
kumpulan-kumpulan yang lebih kecil.