Page 10 - E-TINTA mac
P. 10

10                                               juga  mencabar  dan  mengubah  ilmu  yang  sedia
                                                             ada  pada  pelajar.  Secara  tidak  langsung,  pelajar
                                                             dapat  melatih  diri  untuk  berani  membuat
                                                             keputusan dan melatih diri untuk menjadi ketua
                                                             yang  dapat memimpin  yang  seterusnya dapat
                                                             dijadikan bekalan  sebaik  saja melangkah keluar
                                                             dari Universiti Malaya dan beroleh kerjaya.


                                                             Keadaan  ini  jelas  menunjukkan  pendidikan  luar
                                                             dan program seperti ini mempunyai peranan dan
                                                             pengaruh  secara  langsung  atau  tidak  langsung
                                                             di dalam pembentukan diri dan sahsiah pelajar.


                                                             Berdasarkan  kepada  pemerhatian  keseluruhan
                                                             yang dibuat, program ini dilihat mampu menjadi
                                                             satu  landasan  yang  terbaik  untuk  menerapkan
                                                             nilai dan etika dalam kalangan pelajar di peringkat
                                                             universiti  sebelum  mereka  melangkah  masuk
                                                             ke alam  masyarakat yang  lebih  luas  liputannya.
                                                             Program ini  juga dapat merapatkan  hubungan
                                                             antara  pelajar  dan  kakitangan  Universiti.  Pelajar
                                                             lebih  mengenal  bagaimana  realiti  kehidupan  di
                                                             luar kampus dan selepas melangkah keluar untuk
                                                             bekerjaya dengan kehidupan hari ini yang penuh
                                                             dengan  persaingan.  Tanpa  program  seperti  ini,
                                                             perkembangan  sahsiah  pelajar  mungkin  sukar
                                                             dilaksanakan  dengan  jayanya.  Pihak  unit  akan
                                                             berusaha  untuk  mencari  tempat  program yang
                                                             baru bagi memberikan kelainan kepada program
                                                             survival yang  akan datang.  Bagaimanapun,
                                                             momentum seperti ini, malah lebih baik lagi akan
                                                             berusaha dikekalkan dan ditambah baik.
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15