Page 13 - E-TINTA mac
P. 13
Festival yang berlangsung selama 16 hari 13
ini diadakan bertempat di Auditorium
Kompleks Perdana Siswa dan juga Gazebo
Kompleks Perdana Siswa bagi acara
kompang. Penyertaan adalah terbuka
kepada semua Pelajar di Kolej-Kolej
Kediaman dan Pelajar Luar Kampus serta
Kakitangan Universiti Malaya. Penonton
yang berminat untuk menyaksikan
pertandingan ini boleh mendapatkan
tiket dengan bayaran RM3 di kaunter
jualan tiket yang dibuka di hadapan
Auditorium Kompleks Perdana Siswa
sebelum acara bermula sepanjang
festival ini berlangsung.
Terdapat 15 bidang kesenian atau
persembahan pentas yang dibuka untuk
pertandingan.