Page 16 - E-TINTA mac
P. 16

Dina merupakan salah seorang daripada sejumlah 89 orang pelajar berumur di antara 6 hingga 16 tahun yang ditempat-
            kan di madrasah ini. Kebanyakan pelajar-pelajar ini datang dari keluarga yang kurang berkemampuan dari kawasan sekitar
            Sungai Buloh, dan ada juga di antara mereka merupakan anak kepada pendatang asing dari Kemboja yang mempunyai
            masalah kewangan untuk memberi pendidikan yang sempurna. Namun kesemuanya diterima oleh Rusnah Abu Samah,
            atau lebih dikenali sebagai Ummi di kalangan pelajarnya, atas dasar keprihatinan dan kasih sayangnya kepada anak-anak
            kecil dan mereka yang kurang berkemampuan.

            Siti  Nurmunirah,  mahasiswa  tahun  kedua  Fakulti  Alam  Bina  UM,  ketika  ditanya  mengenai  motivasinya  untuk
            melaksanakan  program  yang  dinamai  ‘Baitul  Bahiyyah’  ini  mengatakan,  “Sejujurnya  saya  merasa  bertanggungjawab
            untuk  memainkan  sedikit  peranan  saya  dalam  berkongsi  apa  yang  saya  ada  dengan  ahli  masyarakat  yang  tidak
            mempunyainya. Saya harap mahasiswa lain juga terpanggil untuk membiasakan diri mereka untuk sentiasa memberi
            kepada masyarakat, tanpa mengira bentuk pemberian tersebut. Dalam hal ini saya memilih untuk berkongsi kegembiraan
            saya dalam mempelajari ilmu dengan anak-anak kecil di sini.”


            Menariknya program ini turut dibuka untuk mahasiswa UM bukan Islam menyertainya, dan peluang ini telah diambil oleh
            Danesh Raj Nagarajan, 21 untuk berbakti kepada penghuni madrasah ini. “Saya sentiasa menyokong kesemua aktiviti
            sukarelawan rakan-rakan sekolej saya, dan saya percaya yang aktiviti sebegini akan mengukuhkan lagi tali persauda-
            raan antara kami, dan saya berharap ini menjadi contoh kepada mahasiswa lain untuk mendekati masyarakat, biar pun
            berbeza latar belakang,” katanya, yang merupakan pelajar tahun kedua Pusat Kebudayaan UM.
   11   12   13   14   15   16   17   18