Page 2 - ICT Project 2016
P. 2

1.  Pendahuluan

               Sepanjang  tahun  2016,  PTM  terus  melakar  pencapaian  dalam  penyediaan  perkhidmatan
               Teknologi  Maklumat.  Beberapa  projek  utama  telah  disempurnakan,  antaranya  sistem
               rangkaian Universiti Malaya, yang merupakan infrastruktur utama, telah dinaiktaraf agar terus
               beroperasi dengan lancar.  Kapasiti jalur lebar talian  Internet telah dipertingkat 100% iaitu dari
               4 Gbps kepada 8 Gbps. Liputan wifi di kolej adalah 100% sementara di fakulti dan lain-lain lokasi
               adalah  dianggarkan  60%;  satu  peningkatan  berbanding  40%  tahun  sebelumnya.  Sistem
               autentikasi pengguna bersepadu telah diperkenalkan di mana ini membolehkan penggunaan
               wifi UM diurus dengan lebih baik.   Sistem ini juga berpotensi diperluas kepada pengguna sistem
               rangkaian berwayar kelak.


               Aktiviti pembangunan dan penambahbaikan berkaitan aplikasi pula memfokus kepada projek
               yang menyumbang kepada peningkatan prestasi kerja sedia ada, peningkatan visibility bagi hasil
               penyelidikan  dan  penyelidik,  peningkatan  tahap  pemantauan  di  kalangan  pengurusan  dan
               peningkatan penjanaan pendapatan UM.


               Disamping itu, aktiviti pemantauan keselamatan Teknologi Maklumat seperti pemantauan virus
               berpusat, pemantauan melalui Sistem Intrusion Prevention System (IPS), Anti DDOS dan Central
               log  System  turut  dipertingkat  bagi  memastikan  perkhidmatan  Teknologi  Maklumat  yang
               disediakan dapat digunakan secara optimum dan berterusan tanpa sebarang gangguan oleh
               anasir-anasir yang tidak diingini yang boleh menjejaskan imej Universiti Malaya.

               PTM turut menjunjung budaya inovatif dan kreatif dalam perkhidmatan Teknologi Maklumat,
               selaras dengan perkembangan pesat bidang tersebut.  Inisiatif Big Data yang diperkenal pada
               tahun  2015  terus  diperluas  dengan  mengadakan  kerjasama  dengan  para  penyelidik  bagi
               mengeksploitasi potensi teknologi berkenaan dalam menghasilkan data-data dan maklumat
               yang menyokong pembuatan keputusan di peringkat pengurusan.

               PTM turut menyahut cabaran pihak Pengurusan UM dalam penjanaan pendapatan dengan
               mengkomersilkan  perkhidmatannya.  Beberapa  aktiviti telah  dikenalpasti  untuk  dikomersilkan
               iaitu      perkhidmatan  multimedia,  pembangunan  sistem  aplikasi  dan  sewaan  peralatan.  Di
               samping  itu  PTM  juga  menjana  pendapatan  melalui  perolehan  komisyen  dari  penggunaan
               sistem  seperti  Sistem  UMConference,  Sistem  Tempahan  Ruang  dan  Sistem  Pendaftaran
               Pembekal.

               Pencapaian PTM dalam mengekalkan prestasi perkhidmatannya dan berinovasi  turut diiktiraf
               di  peringkat  Universiti  dan  antarangbangsa.  PTM  dan  Bahagian  Sumber  Manusia  telah
               memenangi  Anugerah  Cemerlang  Universiti  Malaya  2016  melalui  kategori  Inovasi  dengan
               memperkenalkan  Sistem  Surat  Jaminan  Online.  Badan  pensijilan  Sirim  Sdn  Bhd,  telah
               mengesahkan  pematuhan  PTM  terhadap  piaiwai  Information  Security  Management  System
               ISO/IEC  27001:2013  dengan  mengekalkan  pensijilan  tersebut  untuk  tempoh  setahun  lagi.
               Semenjak Julai 2015  sehingga  kini laman web rasmi Universiti Malaya berjaya mengekalkan
               kedudukan pertama di kalangan laman web  Universiti Awam di Malaysia melalui penarafan
               Webometrics Ranking of World Universities.

               PTM telah berpindah secara berperingkat ke bangunan baru PTM pada bulan Disember 2016.





                                                       Page 1 of 18
   1   2   3   4   5   6   7