Page 3 - ICT Project 2016
P. 3

2.  Pencapaian Utama

                   Berikut adalah aktiviti utama yang telah dijayakan oleh PTM pada tahun 2016.

                    Penaiktarafan Perkhidmatan Rangkaian, UM

                    Pusat Teknolgi Maklumat (PTM) bertanggungjawab mengurus rangkaian Universiti Malaya
                    (UM) yang kini mempunyai kapasiti internet terbesar iaitu 8Gbps. Berikut adalah maklumat
                    berkaitan rangkaian UM.

                      Bil                 Butiran                               Bil/ Kapasiti
                      1.   Switch Rangkaian (Network Switches)    1500 Unit/ 100/1000Mbps
                      2.   Wireless Access Point                  1800 Unit 802.11ac
                      3.   Data Point                             18,000
                      4.   Network Backbone                       1Gbps/ 10Gbps
                      5.   Internet                               8Gbps
                      6.   Internet Gateway                       3 Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP)

                    Keseluruhan peralatan rangkaian dianggarkan bernilai RM12,960,000.00

                    Berikut adalah projek utama rangkaian pada tahun 2016 :

                      A.  Penaiktarafan Gigabit Access Switch

                         Sambungan  rangkaian  kampus  perlu  dinaiktaraf  bagi  menyokong  kapasiti  yang
                         lebih besar dengan capaian yang lebih pantas.

                         Bagi  merealisasikan  matlamat  tersebut,  PTM  telah  merangka  strategi  semenjak
                         tahun  2014  dan  dijangka  siap  sepenuhnya  pada  tahun  2018.  Antara  strategi
                         tersebut adalah menaiktaraf Access Switch di semua PTj daripada switch berkapasiti
                         100Mbps  kepada  1000Mbps.  Rujuk  Lampiran  1:  Penaiktarafan  Switch  Rangkaian
                         Mengikut Tahun


                      B.  Kapasiti Internet Terbesar – 8Gbps

                         Bermula pada tarikh 18/8/2016, Universiti Malaya telah mempunyai kapasiti terbesar
                         akses  ke  internet  iaitu  8Gbps.  Selain  itu,  UM  juga  telah  mengaktifkan  redundant
                         internet gateway   iaitu daripada satu Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) kepada
                         tiga ISP.

                         Penambaikan kemudahan ini dijangka dapat meningkatkan pengalaman warga
                         kampus dalam melayari Internet.








                                                       Page 2 of 18
   1   2   3   4   5   6   7   8