Page 4 - ICT Project 2016
P. 4

C.  Penambahbaikan Sistem Wireles UM

                         Fasa 1 bagi projek penambahbaikan sistem wireless UM telah selesai pada tahun
                         2015  melibatkan  penggantian  dan  pemasangan  900  unit  Wireless  Access  Point
                         (WAP)  802.11ac  Model  ini  mampu  menyokong  sehingga  1300Mbps  berbanding
                         model lama iaitu 54Mbps. Fasa ini melibatkan semua kolej kediaman pelajar.

                         Fasa  2  telah  dilaksanakan  pada  tahun  2016  yang  melibatkan  penggantian  dan
                         pemasangan 500 unit  Wireless Access Point 802.11ac.  Fasa ini melibatkan empat
                         fakulti iaitu:
                             a)  Fakulti Perubatan
                             b)  Fakulti Kejuruteraan
                             c)  Fakulti Alam Bina
                             d)  Fakulti Undang-Undang

                         Fasa 3 dijangka dilaksanakan pada tahun 2017 yang juga merupakan fasa terakhir.
                         Sebanyak 700 unit WAP akan dipasang di fakulti yang masih menggunakan unit-unit
                         berteknologi lama.

                      D.  Penaiktarafan Infrastruktur Gentian Optik

                         Gentian optik merupakan komponen kritikal yang perlu dinaiktaraf seiring dengan
                         penggantian  switch  gigabit  rangkaian.  Kebanyakan  gentian  optik  masih
                         menggunakan gentian multimode yang mempunyai kekangan tertentu, antaranya
                         tidak menyokong kelajuan 10Gbps jika jarak lokasi melebihi 100 meter.

                         Beberapa projek telah dirancang bermula tahun 2014 sehingga tahun 2017 yang
                         melibatkan pemasangan gentian optik single mode.

                         Pada tahun 2016, semua sambungan gentian optik di segmen utama ke PTM, yang
                         panjangnya hampir 20KM, telah selesai dinaiktaraf kepada Single Mode Fiber.

                    Penaiktarafan Peralatan Pusat Data

                    PTM juga mengurus Pusat Data yang menempatkan komputer-komputer pelayan dan
                    pelbagai  peralatan  sokongan  lain.  Semua  sistem  aplikasi  utama  UM  beroperasi  dari
                    premis   ini.   Pengurusan   ini   merangkumi   perancangan,     pembangunan      dan
                    penyelenggaraan  Pusat  Data  dan  peralatan  di  dalamnya.  Berikut  adalah  maklumat
                    berkaitan Pusat Data :

                         Bil.             Perkara                    Bil/ Kapasiti
                         1.   Komputer Pelayan                 115 Pelayan Fizikal
                                                               88 Virtual Machine
                         2.   Peralatan Sokongan               10
                         3.   Kapasiti Storan Berpusat         37.85Terabyte

                    Keseluruhan peralatan ini dianggarkan bernilai RM3.729 Juta.




                                                       Page 3 of 18
   1   2   3   4   5   6   7   8   9