Page 5 - ICT Project 2016
P. 5

Antara projek utama Pusat Data adalah seperti berikut :

                        A.  Pelaksanaan High Availability pada Infrastruktur Sistem Aplikasi

                           Infrastruktur  bagi  sistem-sistem  berikut  telah  dinaiktaraf  dengan  melaksanakan
                           High Availability :

                           1)  Infrastruktur Sistem Kewangan iaitu Sistem SAP.
                           2)  Infrastruktur bagi sistem E-Procurement Universiti Malaya juga telah dinaiktaraf
                               dengan  keupayaan  2  buah  pelayan  pangkalan  data  yang  menggunakan
                               teknologi high availablility dengan mode aktif-pasif.

                               Sebanyak  3  buah  pelayan  aplikasi  dwujudkan  di  bawah  kawalan  Load
                               Balancer  yang  mampu  mengawal  trafik  akses  secara  serentak  dan
                               menyeluruh agar beban pelayan dapat diagihkan.

                        B.  Peluasan Penggunaan Teknologi Cloud

                           16 buah  pelayan  telah diwujudkan di   Infrastruktur Cloud Azure yang disediakan
                           oleh  pihak  Microsoft.  Walaubagaimanapun  hanya  12  pelayan  yang  dapat
                           dilindungi  oleh  Azure  Site  Recovery  tanpa  sebarang  masalah.  4  lagi  pelayan
                           menghadapi  masalah  kerana  sistem  operasinya  adalah  rendah  daripada
                           Windows Server 2008 R2. Usaha sedang dijalankan bagi mengatasi masalah ini.

                        C.  Peningkatan Sistem SPECTRUM

                           Komputer pelayan Sistem SPECTRUM yang usang telah diganti dengan pelayan
                           baru.  Pelayan-pelayan  aplikasi  dan  pangkalan  data  ini  dilengkapi  dengan
                           kapasiti yang lebih besar dan berteknologi tinggi bagi menampung peningkatan
                           akses  ke  sistem  tersebut.  Pelayan  sedang  melalui  proses  pengujian  sebelum
                           dibuka kepada warga kampus.

                        D.  Peningkatan Infrastruktur VMWare

                           Kapasiti  infrastruktur  VMWare  telah  dinaiktaraf  bagi  meningkatkan  keupayaan
                           untuk menjana virtual machine baharu. Penaiktarafan melibatkan penambahan
                           RAM dari 128 GB kepada 256 GB dan  1unit  2-port 10G Network Interface Card
                           untuk setiap pelayan hos.

                    Pembangunan & Penambahbaikan Sistem Aplikasi

                    PTM  juga  terlibat  dengan  penyelenggaraan  sistem  aplikasi  yang  menyokong
                    pembelajaran,  pengajaran,  penyelidikan  dan  pentadbiran.  Sepanjang  tahun  2016,  PTM
                    telah  menyiapkan  25  laman  web  baru  dan  telah  melaksanakan  168  permintaan
                    pembangunan  sistem  /  penaiktarafan  sistem  sedia  ada.  Berikut  adalah  bilangan
                    permintaan penambahbaikan sistem yang telah diterima mengikut Pusat Tanggungjawab
                    (PTj) Utama di UM.





                                                       Page 4 of 18
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10