Page 108 - SARJANA MUDA SAINS SUKAN (PENGURUSAN SUKAN)
P. 108

BUKU PANDUAN PUSAT SUKAN SESI AKADEMIK 2017/2018  94



               PANDUAN UNTUK PENDAFTARAN KURSUS PELAJAR

                 KATEGORI PELAJAR YANG DIBENARKAN MENDAFTAR

                    Semua pelajar berstatus Aktif.

                 KATEGORI PELAJAR YANG TIDAK DIBENARKAN MENDAFTAR

                 Kategori pelajar berikut akan dihalang daripada pendaftaran:

                   (i)    Pelajar  tidak  dibenarkan  berhutang  dengan  Universiti  sehingga  pada  Semester II,  Sesi
                          2016/2017 dan/atau tidak mematuhi jadual pembayaran ansuran yang ditetapkan;

                   (ii)   pelajar tidak aktif seperti kes Gagal Keluar, Luput, Tamat Tempoh Pengajian dan tindakan
                          Tatatertib (Gantung Pengajian);

                   (iii)   pelajar  yang  belum  melengkapkan  Penilaian  Kursus  dan  Pengajaran  (CTES)  untuk
                          Semester II Sesi 2016/2017.

               Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Seksyen Kemasukan dan Rekod (SKR) di talian
               03 - 79673440/3441/3448/3502 atau email di skr@um.edu.my


                  HAD JAM KREDIT MAKSIMUM



                                   20 jam kredit

                         PNG ≥ 3.00 :    Tahap                  Kredit
                                      Awal                        20
                                      Pertengahan                 22
                                      Akhir                       25

                  HAD JAM KREDIT MINIMUM

                   Semua pelajar tidak dibenarkan untuk mendaftar kurang  daripada 6 kredit kecuali pelajar berikut:
                   (1) Pelajar Tahap Akhir yang mempunyai baki kredit penyempurnaan pengajian kurang daripada 6 kredit;
                   (2) pelajar berstatus Pemerhatian Akademik.

                     Pengecualian boleh diberikan setelah mendapat kelulusan daripada Dekan/Pengarah Fakulti/Pusat.


                 HAD KREDIT MAKSIMUM
                        PNG ≥ 2.00 : 20 kredit
                        PNG PNG < 2.00 : 12 kredit



                 MAKLUMAN DAN PERINGATAN BERKAITAN PERMOHONAN MENDAFTAR LEBIH JAM KREDIT

                 1.   Dibuat  SECARA  ONLINE  SEPENUHNYA.  Permohonan  hanya  terbuka  kepada  pelajar  yang  telah
                     memperolehi keputusan peperiksaan terkini (Semester II, Sesi 2016/2017).
                 2.   Pelajar baharu TIDAK dibenarkan mengemukakan permohonan mendaftar lebih kredit.
                 3.   Keputusan  permohonan  akan  dikeluarkan  dari  semasa  ke  semasa  atau  selewat-lewatnya  pada  19
                     SEPTEMBER 2017 dan pelajar dikehendaki menyemak sendiri keputusan permohonan tersebut.
                 4.   Pelajar hanya dibenarkan membuat permohonan mendaftar lebih kredit  SEKALI sahaja. Sekiranya ada
                     sebarang pindaan yang ingin dibuat pada permohonan asal, sila berhubung dengan Akademi/Fakulti/Pusat
                     masing-masing.
                 5.   Kursus yang dipohon TIDAK akan didaftarkan secara automatik sebaliknya pelajar bertanggungjawab untuk
                     MENDAFTAR  kursus  tersebut  di  dalam  sistem  pendaftaran  kursus  selewat-lewatnya  sebelum  berakhir
                     minggu kuliah kedua (25 September 2017)
   103   104   105   106   107   108   109   110   111   112   113