Page 112 - SARJANA MUDA SAINS SUKAN (PENGURUSAN SUKAN)
P. 112
BUKU PANDUAN PUSAT SUKAN SESI AKADEMIK 2017/2018 98
LAMAN-LAMAN SESAWANG YANG PENTING
1. Portal Pelajar
Portal pelajar adalah platform umum untuk pelajar Universiti Malaya mencapai laman web penting yang lain.
Portal ini akan membantu anda mendapatkan maklumat yang boleh memudahkan pengajian anda.
http://umisisweb.um.edu.my/
2. Pendaftaran Kursus “Online”
Pelajar boleh mendaftar kursus dengan menekan butang “on-line registration” yang disediakan. Pelajar mesti
membuat perancangan awal untuk menggelakkan pertindihan jadual.
http://register.um.edu.my/main_menu_bi.asp
3. Siswa Mail
Perdana mail adalah aplikasi email rasmi yang disediakan kepada pelajar oleh Universiti Malaya.
http://siswa.um.edu.my/
4. UM e-Learning
UM e-Learning merupakan platfom rasmi e-pengajian. Untuk integrasi maklumat ini anda boleh daftar masuk
menggunakan nama pengguna dan kata laluan UMMAIL anda. Selepas mendaftar masuk anda mendapat
melihat kursus-kursus yang anda daftarkan dalam sistem ISIS. Pelajar adalah diminta untuk menggunakan
lama web e-learning untuk memuat turun bahan-bahan bantu pengajaran, maklumat-malumat lain serta juga
tarikh-tarikh penting, pengumuman arahan dan garispanduan yang dikemaskinikan oleh pensyarah kursus
berkenaan.
http://spectrum.um.edu.my/
5. e-bayaran pelajar
FPX (Financial Process Exchange) adalah saluran bayaran yang membenarkan anda membuat pembayaran
ditalian melalui akaun semasa atau simpanan anda. Apa yang anda perlukan adalah akaun perbankan internet
dengan mana-mana bank yang menggunakan sistem FPX. Ianya adalah mudah menyenangkan dan selamat.
http://epayment.um.edu.my/
6. Halaman Utama e-perpustakaan
Anda boleh melakukan pelbagai pencarian, daftar masuk untuk faedah pengguna dan mencapai semua
maklumat-maklumat yang terdapat di perpustakaan.
http://www.pendeta.um.edu.my
7. Pusat Pelajar Antarabngsa (ISC) adalah pusat one-stop yang menyediakan perkhidmatan dan sokongan
keperluan pelajar antarabangsa. Di bawah naungan pejabat Perhubungan Korporat dan Antarabangsa, pusat
ini menguruskan perkhidmatan terbaik dalam membantu pelajar antarabangsa menyesuaikan diri ke dalam
komuniti kampus dan sekitaran.
http://um.edu.my/internationalstudent/
8. Perpustakaan UM
http://www.umlib.um.edu.my/