Page 116 - SARJANA MUDA SAINS SUKAN (PENGURUSAN SUKAN)
P. 116
BUKU PANDUAN PUSAT SUKAN SESI AKADEMIK 2017/2018 102
PENGANUGERAHAN IJAZAH PERTAMA
1. Untuk layak dianugerahkan ijazah, seseorang pelajar hendaklah melengkapkan 125 jam kredit minimum bagi
program Sarjana Muda Sains Pengurusan Sukan dan 128 jam kredit minimum bagi program Sarjana Muda
Sains Sukan (Sains Eksesais) dan memperolehi PNGK tidak kurang dari 2.0.
2. Ijazah yang dianugerahkan adalah ijazah kepujian berdasarkan PNGK terakhir. Untuk melayakkan
dianugerahkan ijazah kepujian ini, pelajar hendaklah mencapai PNGK terakhir tidak kurang daripada 2.00.
dianugerahkan ijazah LULUS dengan KEPUJIAN.
3. Pelajar yang dianugerahkan Ijazah Lulus dengan Kepujian (DENGAN CEMERLANG) sekiranya:
(i) mencapai PNGK terakhir 3.70 dan ke atas;
(ii) Tidak pernah dapat gred F dan/atau gred U bagi mana-mana kursus sepanjang tempoh program
pengajiannya;
(iii) Tidak pernah mengulang mana-mana kursus seperti di dalam peraturan 5(8); dan
(iv) Berjaya menamatkan program pengajian dalam tempoh minimum atau tempoh yang ditetapkan.
4. Seseorang pelajar yang telah mendapat gref F dan/atau gred U bagi mana-mana kursus dan berjaya
mempertingkatkan gref F dan/atau gred U itu kepada sesuatu gred yang lebih baik pada percubaan berikutnya
adalah TIDAK LAYAK dianugerahkan ijazah Lulus dengan Kepujian (Dengan Cemerlang)
ANUGERAH CEMERLANG PUSAT SUKAN
Anugerah Cemerlang Pusat Sukan dianugerahkan sekali setiap tahun bagi pelajar yang akan tamat pengajian.
Anugerah ekskelusif ini dikhaskan bagi mereka yang cemerlang di dalam bidang akademik di samping
menunjukkan penglibatan aktif di dalam bidang sukan. Pelajar yang dipilih akan menerima sijil dan plak.
KRITERIA KELAYAKAN MINIMA
1. Pelajar Pusat Sukan Tahap Akhir (dijadualkan menerima Ijazah pada Majlis Konvokesyen yang akan datang);
dan
2. Pernah mewakili sekurang-kurangnya peringkat negeri sebagai atlet, jurulatih atau pengurus sewaktu berada
di Universiti Malaya; dan
3. Pernah mewakili Universiti Malaya sebagai atlet, jurulatih atau pengurus sekurang-kurangnya dua tahun
berturut-turut; dan
4. Mempunyai PNGK akhir 3.5 ke atas; dan
5. Tidak mempunyai sebarang rekod disiplin di sepanjang tempoh pengajian.
PEMILIHAN BAGI MEREKA YANG LAYAK DENGAN KRITERIA MINIMA
Pelajar yang mempunyai markah tertinggi akan dipilih, tetapi bagi sebarang persamaan atau pertelingkahan, maka
keputusan muktamad adalah terpulang kepada Jawatankuasa Akademik dan atau Pengarah Pusat Sukan.
Pengiraan nilai markah adalah seperti berikut:
Penglibatan Sukan (boleh digabungkan jumlahnya)
Mewakili Negara (Tahap Elit/Senior) 20 markah
Mewakili Negara (Tahap Junior) 15 markah
Mewakili Negeri 10 markah
Jenis sukan yang diiktiraf adalah di bawah budi bicara Jawatankuasa Akademik. Markah hanya diberi sekali
walaupun pelajar mewakili berulang kali. Tetapi jika terdapat pelajar yang mempunyai markah keseluruhan yang
sama, maka jumlah mewakili negeri/negara akan dipertimbangkan.
Prestasi Akademik
Tidak pernah gagal sebarang subjek 5 markah
Bagi SETIAP peningkatan (0.05) selepas PNGK 3.5 5 markah (setiap kali)
Membentangkan kertas kajian di seminar / jurnal 5 markah (setiap satu)