Page 119 - SARJANA MUDA SAINS SUKAN (PENGURUSAN SUKAN)
P. 119

BUKU PANDUAN PUSAT SUKAN SESI AKADEMIK 2017/2018  105





                   C.  ANUGERAH LENCANA KHAS SUKAN UNIVERSITI (Pelajar)

                       Anugerah ini adalah anugerah yang diberi kepada staf dan pelajar yang menunjukkan prestasi cemerlang
                       dan tahap kebolehan yang tinggi dalam sukan. Pemenang anugerah ini dipilih berdasarkan syarat-syarat
                       berikut :-

                          1)  Mewakili negara (pasukan kebangsaan) sebagai atlet, pegawai pasukan atau pegawai teknikal
                              dalam mana-mana kejohanan

                          Atau


                          2)  Mewakili negara (pasukan kebangsaan) sebagai atlet, pegawai pasukan atau pegawai teknikal
                              dalam mana-mana kejohanan atau berdasarkan kriteria berikut : -

                          3)  Acara atau permainan yang disertai tidak dipertandingkan di peringkat sukan antara universiti
                              pada tahun pencalonan atau

                          4)  Acara  atau  permainan  yang  disertai  belum  lagi    dipertandingkan  di  peringkat  sukan  antara
                              universiti pada tahun pencalonan

                              Dan

                          5)  Mempunyai rekod yang bersih tanpa apa-apa tindakan tatatertib    terhadapnya oleh mana-mana
                              badan sukan atau universiti

                   D.  ANUGERAH LENCANA PUSAT SUKAN (Pelajar)

                      (Dipilih oleh Pusat Sukan, UM)

                       Anugerah ini adalah anugerah yang diberikan kepada atlet pelajar yang menunjukkan prestasi cemerlang
                       dan tahap kebolehan yang tinggi dalam sukan. Pemenang anugerah ini dipilih mengikut kriteria berikut  :-

                          1)  Mewakili pasukan Universiti Malaya dan menjadi pemain utama dalam permainannya sekurang-
                              kurangnya dua tahun terakhir pengajian atau tiga tahun berturut.

                          2)  Pernah menerima Anugerah Lencana Penuh tetapi tidak memenuhi kriteria untuk memenangi
                              anugerah yang lebih tinggi (Olahragawan/Olahragwati/Anugerah Biru)

                          3)  Mempunyai rekod bersih tanpa sebarang tindakan tatatertib terhadapnya dari mana-mana badan
                              sukan atau universiti.

                          4)  Mencapai kelulusan akademik sekurang-kurangnya CGPA 2.5 dalam keputusan peperiksaan
                              terkini kecuali pelajar Ijazah Tinggi (Mod Penyelidikan)


                   E.  ANUGERAH PASUKAN / INDIVIDU CEMERLANG UNIVERSITI (Pelajar)


                       Anugerah ini adalah anugerah yang diberi kepada pasukan sukan atau individu dari kalangan pelajar yang
                       menunjukkan prestasi  cemerlang  dan  telah memenuhi syarat-syarat berikut :-

                          1)  Menjadi juara tahun pencalonan dalam sukan peringkat antara universiti.

                          2)  Sentiasa komited dengan program-program yang dirancang oleh Pusat Sukan.

                          3)  Mempunyai rekod yang bersih tanpa apa-apa tindakan tatatertib terhadap mana-mana badan
                              sukan atau universiti.


                   F.  ANUGERAH LENCANA PENUH UNIVERSITI (Pelajar)

                       Anugerah ini diberi kepada atlet  dari kalangan pelajar  yang telah berjaya memenuhi syarat-syarat berikut
                       :-
   114   115   116   117   118   119   120   121   122   123   124