Page 121 - SARJANA MUDA SAINS SUKAN (PENGURUSAN SUKAN)
P. 121
BUKU PANDUAN PUSAT SUKAN SESI AKADEMIK 2017/2018 107
4) Anugerah ini tidak layak diberikan kepada pelajar Ijazah Tinggi yang pernah mewakili Universiti
Malaya dan telah menerima anugerah ini semasa pengajiannya di peringkat Ijazah Sarjana Muda.
5) Menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam sukan yang diwakilinya.
6) Mempunyai rekod yang bersih tanpa apa-apa tindakan tatatertib terhadapnya oleh mana-mana badan
sukan atau universiti.
7) Mencapai kelulusan akademik yang baik (Mod Penyelidikan).
I. ANUGERAH LENCANA PENGHARGAAN UNIVERSITI
(Dipilih oleh Pusat Sukan, UM)
Dianugerahkan kepada staf, pelajar termasuk orang luar yang mempunyai syarat-syarat seperti berikut:
1) Memberi sumbangan dan kerjasama untuk mempertingkatkan lagi prestasi sukan sama ada dalam
bentuk kepakaran atau sumbangan tenaga atau tajaan kepada mana-mana pasukan universiti
sehingga membolehkan pasukan atau individu berkenaan mendapat keputusan yang cemerlang
khususnya dalam kejohanan sukan antara universiti.
2) Sentiasa mempunyai hubungan yang baik dengan Pusat Sukan dan pasukan/individu demi menjamin
pencapaian cemerlang psukan/individu berkenaan.
J. ANUGERAH JURULATIH TERBAIK
(Dipilih oleh Pusat Sukan, UM)
Dianugerahkan kepada jurulatih pasukan sukan yang terdiri daripada sama ada staf/pelajar/atau orang
luar yang telah menghasilkan kejayaan cemerlang dalam sukan yang diwakilinya. Pemenang anugerah
ini dipilih mengikut kriteria berikut :-
1) Berdasarkan pencapaian cemerlang terhadap pasukan yang diuruskan dalam tahun pencalonan
samaada di peringkat sukan MASUM/SUKIPT /Liga IPT atau sukan-sukan jemputan berprestasi
tinggi yang lain termasuk AUG/WUC/WUG dan perlu dicalonkan oleh Pengurus Pasukan
Melalui Borang Pencalonan yang disediakan
2) Mempunyai sifat kepimpinan terbaik dan semangat kesukanan yang tinggi dalam membantu
pasukan mencapai dan mengekalkan pencapaian cemerlang.
3) Mempunyai rekod bersih tanpa sebarang tindakan tatatertib terhadapnya dari mana-mana badan
sukan atau universiti.
4) Mempunyai rekod pencapaian pasukan yang cemerlang bagi tahun-tahun sebelumnya.
5) Sentiasa komited dengan program-program yang dirancang oleh Pusat Sukan.
K. ANUGERAH PENGURUS TERBAIK
(Dipilih oleh Pusat Sukan, UM)
Dianugerahkan kepada pengurus pasukan yang terdiri daripada staf/pelajar atau orang luar yang telah
menghasilkan kejayaan cemerlang dalam sukan yang diwakilinya. Pemenang anugerah ini dipilih
mengikut kriteria berikut :-
1) Berdasarkan pencapaian cemerlang terhadap pasukan yang diuruskan dalam tahun pencalonan
samaada di peringkat sukan MASUM/SUKIPT/Liga IPT atau sukan-sukan jemputan berprestasi
tinggi yang lain termasuk AUG/WUC/WUG.
2) Mempunyai rekod bersih tanpa sebarang tindakan tatatertib terhadapnya dari mana-mana badan
sukan atau universiti.
3) Mempunyai rekod pencapaian pasukan yang cemerlang bagi tahun-tahun sebelumnya.
4) Mempunyai pengurusan pasukan yang mantap serta boleh dicontohi.
5) Jawatankuasa Induk Malam Anugerah Sukan akan memilih penerima ketegori ini