Page 118 - SARJANA MUDA SAINS SUKAN (PENGURUSAN SUKAN)
P. 118

BUKU PANDUAN PUSAT SUKAN SESI AKADEMIK 2017/2018  104




                                         KRITERIA PENGANUGERAHAN LENCANA SUKAN
                                                      UNIVERSITI MALAYA

                   A.  ANUGERAH OLAHRAGAWAN/OLAHRAGAWATI UNIVERSITI
                      (Pelajar)

                          a.  Anugerah ini adalah Anugerah Tertinggi yang diberikan kepada atlet  dikalangan pelajar yang
                              menunjukkan  prestasi  cemerlang  dan  tahap  kebolehan  yang  tinggi  dalam  sukan  serta
                              pencapaian akademik yang baik.
                          b.  Setiap pasukan hanya dibenarkan untuk membuat satu pencalonan sahaja dan atlet yang layak
                              perlu mencalonkan diri melalui Borang Pencalonan yang disediakan.

                          Pemenang anugerah ini dipilih berdasarkan kriteria-kriteria berikut :-

                          a.  Mewakili pasukan Universiti Malaya dan menjadi pemain utama dalam permainannya pada tahun
                              pencalonan kecuali bagi sukan-sukan yang tidak dipertandingkan di peringkat IPT
                          b.  Mewakili  pasukan  kebangsaan/negara  sama  ada  dalam  Sukan  Olimpik,  Universiade,  Sukan
                              Komanwel, WUC, Sukan Asia, Sukan SEA atau AUG semasa pengajiannya di universiti dan
                              dibuktikan dengan surat akuan dari persatuan sukan tersebut dan/atau sijil penyertaan.

                          Dan

                          c.  Mempunyai  sifat  kepimpinan terbaik  dan  semangat  kesukanan  yang  tinggi  dalam  membantu
                              pasukan mencapai keputusan cemerlang.
                          d.  Mempunyai rekod yang bersih tanpa apa-apa tindakan tatatertib terhadapnya oleh mana-mana
                              badan sukan atau universiti.
                          e.  Mencapai  kelulusan  akademik  sekurang-kurangnya  dengan  CGPA  2.8  dalam  keputusan
                              peperiksaan terkini.


                   B.  ANUGERAH LENCANA BIRU UNIVERSITI (Pelajar)

                       Anugerah ini adalah Anugerah Tertinggi yang diberi kepada atlet dikalangan pelajar yang menunjukkan
                       prestasi cemerlang dan tahap kebolehan yang tinggi dalam sukan dan akademik. Pemenang anugerah
                       ini dipilih mengikut syarat-syarat berikut :-

                      1)    Mewakili  pasukan  Universiti  Malaya  dan  menjadi  pemain  utama  dalam  permainannya  sekurang
                          kurangnya dua tahun terakhir pengajian atau tiga tahun pengajian berturut-turut  dan

                      2)  Mewakili  pasukan  Kebangsaan/Negara    samaada  dalam  Sukan  Olimpik,  Universiade,  Sukan
                          Komanwel, WUC, Sukan Asia, Sukan SEA atau AUG semasa pengajian di universiti dan dibuktikan
                          dengan surat akuan dari pasukan kebangsaan tersebut dan/atau sijil penyertaan.

                          Atau

                      3)  Mewakili pasukan Kebangsaan/Negara dalam kejohanan antarabangsa yang diiktiraf (Sukan Olimpik,
                          Universiade, Komanwel, WUC, Sukan Asia, Sukan SEA, atau AUG atau kejohanan-kejohanan lain)
                          oleh  persatuan  sukan  kebangsaan  dan  antarabangsa  semasa  pengajiannya  di  universiti  dan
                          dibuktikan dengan surat akuan dari persatuan sukan tersebut dan/atau sijil penyertaan.

                          Serta

                      4)  Mempunyai sifat kepimpinan terbaik dan semangat kesukanan yang tinggi dalam membantu pasukan
                          mencapai keputusan cemerlang.

                      5)  Mempunyai rekod yang bersih tanpa apa-apa tindakan tatatertib terhadapnya oleh mana-mana badan
                          sukan atau universiti.

                      6)  Mempunyai  kelulusan  akademik  dengan  memperolehi  sekurang-kurangnya  CGPA  3.0  dalam
                          keputusan peperiksaan terkini.

                      7)  Mengemukakan permohonan menerusi Borang Pencalonan yang disediakan.
   113   114   115   116   117   118   119   120   121   122   123