Page 120 - SARJANA MUDA SAINS SUKAN (PENGURUSAN SUKAN)
P. 120
BUKU PANDUAN PUSAT SUKAN SESI AKADEMIK 2017/2018 106
1) Mewakili pasukan Universiti Malaya dan menjadi pemain utama dalam permainannya sekurang-
kurangnya dua tahun terakhir pengajian atau tiga tahun berturut-turut.
2) Anugerah ini layak diberikan hanya sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian di Universti
Malaya.
3) Mewakili pasukan MASUM pada kejohanan Sukan Universiti ASEAN atau SIPMA atau mewakili
negeri di peringkat SUKMA atau kejohanan-kejohanan sukan kebangsaan yang lain semasa
pengajiannya di universiti dan dibuktikan dengan surat akuan dari persatuan sukan berkenaan
dan/atau sijil penyertaan.
4) Mempunyai rekod yang bersih tanpa apa-apa tindakan tatatertib terhadapnya oleh mana-mana
badan sukan atau universiti.
5) Mencapai kelulusan akademik sekurang-sekurangnya CGPA 2.5 dalam keputusan peperiksaan
terkini kecuali pelajar Ijazah Tinggi (Mod Penyelidikan).
G. ANUGERAH LENCANA SEPARUH UNIVERSITI (Pelajar)
Anugerah ini diberi kepada atlet dari kalangan pelajar yang telah berjaya memenuhi syarat-syarat berikut
:-
1) Mewakili pasukan Universiti Malaya dan menjadi pemain utama dalam permainannya sekurang-
kurangnya dua tahun terakhir atau tiga tahun berturut-turut.
2) Anugerah ini layak diberikan hanya sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian di Universiti
Malaya.
3) Menunjukkan prestasi yang cemerlang serta tahap kebolehan yang tinggi dalam sukan
MASUM/SUKIPT/Liga IPT dan atau Liga Terbuka dalam Negara/Sukan-sukan jemputan
berprestasi tinggi.
4) Mempunyai rekod bersih tanpa apa-apa tindakan tatatertib terhadapnya oleh mana-mana badan
sukan atau universiti.
5) Mencapai kelulusan akademik sekurang-sekurangnya CGPA 2.5 dalam keputusan peperiksaan
terkini kecuali pelajar Ijazah Tinggi (Mod Penyelidikan).
H. ANUGERAH BINTANG HARAPAN UNIVERSITI (pelajar)
Anugerah ini diberi kepada atlet dari kalangan pelajar yang telah berjaya memenuhi syarat-syarat berikut
:-
Pelajar Ijazah Dasar:
1) Mewakili pasukan Universiti Malaya dan menjadi pemain utama dalam permainannya pada tahun
pertama atau kedua pengajian dan baru pertama kali mewakili pasukan universiti. (kecuali pelajar
Ijazah Tinggi yang telah menamatkan pengajian pada peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti
Malaya).
2) Anugerah ini layak diberikan hanya sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian di Universiti Malaya.
3) Menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam sukan yang diwakilinya.
4) Mempunyai rekod yang bersih tanpa apa-apa tindakan tatatertib terhadapnya oleh mana-mana badan
sukan atau universiti.
5) Mempunyai rekod yang bersih tanpa apa-apa tindakan tatatertib terhadapnya oleh mana-mana badan
sukan atau universiti.
6) Mencapai kelulusan akademik sekurang-kurangnya CGPA 2.5 dalam keputusan peperiksaan terkini.
Pelajar Ijazah Tinggi:
1) Mewakili pasukan Universiti Malaya dan menjadi pemain utama dalam permainannya pada tahun
pertama atau kedua pengajian dan baru pertama kali mewakili pasukan univerisiti. (kecuali pelajar
Ijazah Tinggi yang telah menamatkan pengajian pada peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti
Malaya).
2) Anugerah ini layak diberikan hanya sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian di Universiti Malaya.
3) Pelajar Ijazah Tinggi yang baru mewakili pasukan universiti adalah layak untuk memohon
berdasarkan perkara di atas.