Page 114 - SARJANA MUDA SAINS SUKAN (PENGURUSAN SUKAN)
P. 114

BUKU PANDUAN PUSAT SUKAN SESI AKADEMIK 2017/2018  100


               SISTEM PENASIHAT AKADEMIK


                 FUNGSI PENASIHAT AKADEMIK


               (1)  Dekan fakulti hendaklah memastikan satu Panel Penasihat Akademik dilantik di  kalangan pensyarah untuk
                   membimbing pelajar dalam perancangan program pengajiannya.

               (2)  Penasihat Akademik bertanggungjawab bagi :-

                    i.  membantu  pelajar  dalam pemilihan kursus  dan bilangan  jam  kredit  yang  pelajar  akan ambil  sebelum
                      semester bermula; dan/atau

                    ii.  memberikan bimbingan kepada pelajar dalam mengatasi masalah pembelajaran, jika ada, berdasarkan
                      kemajuan pengajian pelajar.

               (3)  Dekan Fakulti bertanggungjawab untuk menentukan kaedah pelaksanaan sistem Penasihat Akademik di fakulti
                   masing-masing.




                                                                                            [dipetik daripada Buku:
                                                                Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Pengajian Ijazah Pertama) 2017,
                                                            Peraturan-peraturan Universiti Malaya (Pengajian Ijazah Pertama) 2017]
               PENDAFTARAN


                  KEHADIRAN KELAS

                   a)  Pelajar  diwajibkan  menghadiri  semua  kelas  dan  mengikuti  semua  aktiviti  pengajaran  dan
                      pembelajaran.  Pelajar  yang  tidak  menghadiri  mana-mana  kelas  dikehendaki  memaklumkan
                      alasan ketidakhadirannya kepada pensyarah dengan segera dengan menyertakan dokumen
                      sokongan  yang  berkaitan.    Pensyarah  bertanggungjawab  memaklumkan  kepada  pelajar
                      tentang akibat ketidakhadiran dalam kelas dan kehendaki menyimpan rekod kehadiran kelas.

                   b)  Pensyarah  bertanggungjawab  untuk  merekodkan  kehadiran  pelajar  bagi  setiap  aktiviti
                      pengajaran dan pembelajaran

                   c)  Pensyarah hendaklah memaklumkan kepada pelajar tentang akibat ketidakhadiran dalam kelas
                      dan dikehendaki menyimpan rekod pemakluman tersebut.



                  PENAMATAN PROGRAM PENGAJIAN



               (a)  Atas Sebab Perubatan

                   Pelajar  yang  telah  diluluskan  penarikan  diri  dari  semester  atas  sebab  perubatan  selama  dua
                   semester  berturut-turut  boleh  ditamatkan  dari  program  pengajiannya  atas  perakuan  Pengamal
                   Perubatan  Berdaftar,  Klinik  Kesihatan  Pelajar  Universiti/hospital/kerajaan/Pusat  Perubatan
                   Universiti  Malaya/Pusat  Perubatan  Swasta  setelah  kes  pelajar  tersebut  dikaji  semula  oleh
                   Pengamal Perubatan Berdaftar berkenaan pada semester berikutnya.
               (b)  Atas alasan psikologi
                    Pelajar  yang  telah  diluluskan  penarikan  diri  dari  semester  atas  perubatan  psikologi  dan  tidak
                    mengambil peperiksaan akhir untuk empat Semester Biasa dan dua Semester Khas berturut-turut
                    boleh ditamatkan dari program pengajiannya atas perakuan Pakar Klinikal Psikologi/Pakar Psikiatri
                    Berdaftar yang berkenaan.
                                                                                            [dipetik daripada Buku:
                                                                Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Pengajian Ijazah Pertama) 2017,
                                                            Peraturan-peraturan Universiti Malaya (Pengajian Ijazah Pertama) 2017]
   109   110   111   112   113   114   115   116   117   118   119