Page 11 - SARJANA MUDA SAINS SUKAN (PENGURUSAN SUKAN)
P. 11
BUKU PANDUAN PUSAT SUKAN SESI AKADEMIK 2017/2018 11
PENGENALAN KEPADA PUSAT SUKAN
PENGENALAN
Pusat Sukan telah ditubuhkan pada tahun 1986. Pada tahun 1995, Pusat Sukan merupakan
Institusi Pendidikan Tinggi yang pertama di Malaysia yang menawarkan program Ijazah
Sarjana Muda Sains Sukan.
PENGENALAN PROGRAM IJAZAH SARJANA
MUDA SAINS SUKAN
Pembangunan sukan di Malaysia semakin bertambah pesat. Kementerian Belia dan Sukan
Malaysia misalnya mensasarkan tahun 2011 sebagai Tahun Industri Sukan. Sukan di Malaysia
sedang menuju ke era baru, di mana sukan berupaya menjadi sumber pendapatan
masyarakat seterusnya menjana ekonomi negara. Oleh yang demikian, sukan tempatan perlu
diurus secara profesional, saintifik dan sistematik. Sains Sukan adalah bidang pengajian yang
mengkaji aplikasi pelbagai aspek sains dalam sukan. Pengamal ataupun saintis sukan
profesional perlu dilengkapi dengan pengetahuan tinggi dalam pelbagai disiplin berkaitan
dengan Sains Sukan supaya dapat mengaplikasikan teori dan juga komponen praktikal secara
berkesan. Ini hanya boleh dicapai melalui pendidikan yang formal di peringkat kolej dan/atau
universiti. Seperti mana yang telah dimaklum, Universiti Malaya adalah perintis program ini di
Malaysia, program ini mula ditawarkan pada tahun 1995. Graduan program ini yang telah
menjangkau lebih daripada 1,000 orang semenjak tahun 1999 dan mereka kini telah dan
sedang memegang jawatan sebagai pemimpin bidang ini dan mengurus sukan di sektor sukan
awam mahupun swasta.