Page 13 - SARJANA MUDA SAINS SUKAN (PENGURUSAN SUKAN)
P. 13

BUKU PANDUAN PUSAT SUKAN SESI AKADEMIK 2017/2018  13


               IJAZAH SARJANA MUDA SAINS PENGURUSAN SUKAN


                  BIDANG PENGURUSAN SUKAN



               Bidang Pengurusan Sukan merupakan satu cabang dari ilmu Sains Sukan.  Secara amnya ia
               dibahagikan kepada tiga cabang utama:

               (i)   Bidang kerjaya profesional bersangkutan dengan sukan.
               (ii)   Bidang kerjaya di luar bidang sukan yang memerlukan tenaga kerja dinamik berkelulusan
                     ijazah sarjana muda
               (iii)  Bidang  kerjaya  akademik  yang  lebih  khusus  kepada  persiapan  secara  intelektual  di
                     Institut Pengajian Tinggi Awam dan IPT Swasta serta Kolej Universiti dan Kolej.

               Pengurusan sukan sebagai bidang akademik telah bermula di Amerika Syarikat kira-kira 50
               tahun yang lalu di mana ia telah dapat meletakkan negara di peta dunia dari segi globalisasi
               dan pengkomersilan dalam industri sukan. Negara kita juga telah mencapai kemajuan pesat
               dalam bidang ini dengan memperkenalkan program akademik Sains Sukan pada tahun 1995,
               menjadikan kami salah satu institusi yang paling awal di  rantau ini yang  berbuat demikian.
               Sejak  itu,  Universiti  Malaya  telah  melahirkan  graduan  Pengurusan  Sukan  yang  mampu
               menyumbang kepada pembangunan Pengurusan Sukan di Malaysia.
               Dengan mempelajari pelbagai aspek Pengurusan Sukan seperti: Pengurusan Organisasi &
               Acara  Sukan;  Pengurusan  Kemudahan;  Pengurusan  Kewangan  &  Pemasaran  Sukan;
               Pengurusan Sumber Manusia; dan Perundangan Sukan dan sebagainya, graduan Universiti
               Malaya  akan  memiliki  ilmu  yang  cukup  mantap  untuk  berkhidmat  dengan  cemerlang  dan
               membawa perubahan positif dalam organisasi sukan dan masyarakat setempat.




                OBJEKTIF PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA SAINS

                PENGURUSAN SUKAN




               Objektif utama program ini ialah untuk melahirkan modal insan berkualiti tinggi dalam bidang
               pengurusan sukan. Para graduan yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam
               bidang  ini  adalah  dijangka  akan  dapat  menjana  idea-idea  yang  bernas,  menerajui  arus
               perubahan dalam usaha membangunkan bidang sukan melalui kemahiran pengurusan sukan
               secara  bijaksana,  memulakan  dan  meneruskan  rangkaian  kerjaya  yang  mantap  serta
               kemahiran membuat keputusan yang rasional dan jitu.
               Program berteraskan pelajar ini membolehkan pelajar mengikuti program  pelbagai-disiplin,
               sejajar  dengan  agenda  pembangunan  sukan  kebangsaan.  Program  ini  juga  direka  untuk
               menyediakan pelajar dengan “kemahiran wajib-ada”, pengetahuan dan kemahiran sukan agar
               melahirkan pengurus sukan yang berdaya saing. Sebahagian daripada proses pembelajaran
               adalah  supaya  pelajar  berkebolehan  untuk  menjalankan  penyelidikan  asas  dalam  bidang
               sukan. Latihan akademik seumpama ini dijangka akan memantapkan dan membangunkan
               sifat kepimpinan para pelajar dalam ilmu Sains Sukan di samping berupaya mempraktikkan
               teori dan model saintifik mutakhir untuk manfaat sukan tempatan dan komuniti. Ini diharap
               akan menimbulkan minat dan menggalakan pelajar untuk terlibat dalam proses pembelajaran
               sepanjang hayat. Ekoran itu, pelajar akan dapat membuat penilaian secara kritis berkaitan
               dengan  isu-isu  sukan  tempatan  dan  antarabangsa  di  samping  mempamerkan  kemahiran
               sosial, persepsi, pendapat dan sikap dalam pengurusan organisasi sukan. Selain itu, program
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18