Page 14 - SARJANA MUDA SAINS SUKAN (PENGURUSAN SUKAN)
P. 14
BUKU PANDUAN PUSAT SUKAN SESI AKADEMIK 2017/2018 14
ini turut direka untuk memberi penekanan kepada pemurnian kemahiran pengurusan dan
keusahawanan agar pelajar lebih berdaya saing dalam industri sukan melalui kursus Latihan
Industri.
Bagi mencapai objektif-objektif di atas, penekanan akan diberi untuk memastikan para
graduan Pengurusan Sukan mempunyai kemahiran asas seperti berikut:
(1) Pengamal - terlibat dan memahami keperluan profesional sukan.
Sukan
(2) Pengurus - mempunyai kefahaman dan kemahiran yang kukuh dalam
prinsip-prinsip pengurusan dan mampu menjalankan kerja-
kerja mengurus.
(3) Pemimpin - mempunyai kemahiran memimpin dan berkeyakinan untuk
menjadi ketua dan penggerak yang berinisiatif tinggi.
(4) Pembuat - mempunyai daya pemikiran rasional, analitikal dan kreatif
Keputusan dalam bidang sukan atau bidang-bidang berkenaan.
(5) Bijak - mampu berkomunikasi dengan baik dan berupaya
berkomunikasi menyampaikan ilmu Pengurusan Sukan kepada pihak lain.
STRUKTUR, JANGKAMASA DAN KAEDAH
PENGAJIAN
Program ini adalah pengajian sepenuh masa di mana para pelajar perlu mendaftar dan lulus
kursus minima dengan mata gred C berjumlah 125 jam kredit. Struktur program pengajian
adalah seperti berikut;
Kursus Kursus Teras Kursus Teras Kursus Elektif Kursus Elektif
Universiti Fakulti Program Fakulti Program
20 Jam Kredit 9 Jam Kredit 60 Jam Kredit 9 Jam Kredit 27 Jam Kredit
Selain daripada itu, para pelajar adalah diperlukan untuk mendaftar dan lulus kursus fakulti
dan elektif seperti yang telah ditentukan oleh pihak Universiti dari semasa ke semasa.
Jangkamasa pengajian adalah seperti berikut:
(i) Tempoh minimum = 7 semester
(ii) Tempoh maksimum = 11 semester
Kaedah penyampaian program adalah melalui kombinasi sesi kuliah berdasarkan teori
bersemuka (face to face = F2F), pendekatan pembelajaran berpandu (sebagai contoh tutorial
dan perbincangan kumpulan, forum, seminar, makmal, projek penyelidikan), pendekatan
pengajaran berteraskan pelajar (sebagai contoh kerja lapangan, tugasan bertulis,
pembentangan) dan latihan industri (praktikal).