Page 15 - SARJANA MUDA SAINS SUKAN (PENGURUSAN SUKAN)
P. 15
BUKU PANDUAN PUSAT SUKAN SESI AKADEMIK 2017/2018 15
PEMBERATAN KAEDAH PENILAIAN
Kemajuan pelajar dinilai melalui pelbagai kaedah, antaranya ialah latihan ilmiah/kertas projek
yang meliputi penulisan, tugasan kerja amali, pembentangan kertas kerja dan analisis teori.
Pemberatan penilaian bagi semua kursus di bawah program Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan
kecuali kursus-kursus yang ditawarkan oleh fakulti lain adalah seperti berikut:
1. Kursus : Penilaian Berterusan – 60% dan Peperiksaan Akhir – 40%
2. Seminar : Penilaian Berterusan – 100%
3. Latihan Industri : Penilaian Berterusan – 100%
Walaupun penilaian berterusan dari segi aktiviti, ujian praktikal dan ujian berterusan
ditekankan, peperiksaan juga merupakan komponen terpenting dalam struktur kurikulum
melalui kursus-kursus tertentu yang ditetapkan dengan peratusan sebanyak 40%.
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir program pengajian, graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Sukan akan
memperolehi hasil pembelajaran seperti berikut:
No Hasil Pembelajaran Program Taksonomi PO
KPT
PO1 K- KOGNITIF
Menguasai pengetahuan ilmiah dalam bidang PO1
pengurusan sukan dan keupayaan untuk menguruskan
maklumat yang berkaitan dengan disiplin ini.
P02 P -
Mengaplikasi kemahiran pengurusan sukan untuk PSIKOMOTOR PO2
melaksana pelbagai projek / acara sukan dan
perundingan mengurus projek bagi mencapai kehendak
klien dan pihak berkepentingan dalam industri sukan.
P03 A - AFEKTIF
Mengguna kemahiran pengurusan sukan untuk PO5,
melaksanakan tugas ikhtisas harian mereka di samping PO9
dapat menyumbang segala usaha dan tenaga ke arah
pembangunan sukan negara sebagai warga yang
prihatin melalui tanggungjawab sosial mereka secara
cekap dan berkesan.
P04 A - AFEKTIF
Menerap semua perkara yang berkaitan kerjaya dengan PO6
cekap dan beretika sejajar dengan kod etika
antarabangsa sebagai pengurus sukan profesional.
P05 A - AFEKTIF
Mempamer keupayaan berkomunikasi yang berkesan PO4
bukan sahaja melalui kemahiran memimpin malah
menzahirkan kebolehan bekerja dalam satu pasukan di
kalangan masyarakat sukan khususnya dan
masyarakat umumnya.