Page 39 - SARJANA MUDA SAINS SUKAN (PENGURUSAN SUKAN)
P. 39
BUKU PANDUAN PUSAT SUKAN SESI AKADEMIK 2017/2018 32
SARJANA MUDA SAINS PENGURUSAN SUKAN
Kod Kursus VIX1001
Tajuk Kursus Sejarah Dan Falsafah Sukan
Kredit 3
Bahasa Pengantar Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia
Pra-Syarat Kursus/Keperluan Tiada
Minimum
Hasil Pembelajaran Kursus Pada akhir kursus ini, pelajar dapat:
1. Memperlihatkan pengetahuan tentang konsep-konsep berkaitan sejarah dan
falsafah sukan.
2. Memerihalkan falsafah yang menjadi dasar konsep sukan moden termasuk
idealisme Olimpik dan konsep sukan tempatan.
3. Membincangkan struktur dan pentadbiran sukan di Malaysia dan juga institusi
sosial, politik dan ekonomi yang memberi kesan ke atas gaya hidup bersukan di
Malaysia sejak kurun ke 15.
4. Membincangkan hubungan antara masa lampau dan kini berkaitan sukan dan
falsafah serta sejarah di Malaysia.
Sinopsis Kandungan Kursus Di peringkat awal kursus, pelajar akan di dedahkan kepada konsep asas berkaitan
sejarah dan falsafah sukan yang terkandung di dalam teori sukan barat moden
termasuklah Idealisme Olimpik dan amalan sukan tradisi tempatan. Di peringkat
seterusnya, pelajar akan membincangkan struktur sukan tempatan dan organisasi sukan
di Malaysia disamping menjelaskan peranan institusi sosial, politik dan ekonomi yang
telah memberi kesan kepada kehidupan sukan di Malaysia sejak kurun ke 15.
Perbincangan mengenai gabungan di antara budaya “sukan Barat” dan “sukan Malaysia”
akan turut disertakan.
Rujukan Utama 1. Mechikoff (2012). 2 A History and Philosophy of Sport and Physical Education:
nd
From Ancient Civilizations to the Modern World. McGraw-Hill.NY
2. McComd (2010). Sports in World History. Taylor & Francis. NY
3. Khoo, S. (2011) Sport For All in Malaysia: Policy and Practice. University of
Malaya, Kuala Lumpur: University of Malaya Press.
1. Hamdan Mohd Ali (2012) The British colonial legacy: Sport and politics in multi-
ethnic Malaysia. PhD Thesis
Pemberatan Penilaian Penilaian berterusan : 60%
Peperiksaan : 40%
Kemahiran Insaniah Kemahiran Kerja Berpasukan : TS1-TS2
Pembelajaran Berterusan & Pengurusan Maklumat : LL1-LL2
Kod Kursus VIX1002
Tajuk Kursus Pengenalan Kepada Sains Sukan
Kredit 3
Bahasa Pengantar Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia
Pra-Syarat Kursus/Keperluan Tiada
Minimum
Hasil Pembelajaran Kursus Pada akhir kursus, pelajar akan dapat:
1. Menyenarai dan menjelaskan akan bidang-bidang yang terdapat dalam pengajian
dan kerjaya dalam dunia sains sukan.
2. Menyediakan diri terhadap permintaan yang perlu mereka tempohi dalam
menyelesaikan pengajian mereka dengan jaya.
3. Menganalisis peluang, cabaran dan potensi yang dapat mereka ceburi dalam
melibatkan diri dalam kerjaya sains sukan.
Sinopsis Kandungan Kursus Dalam kursus ini pelajar akan didedahkan terhadap konsep sains sukan dan pelbagai
cabang pengajian dalam bidang sains sukan. Tujuan kursus ini ialah menyediakan
pelajar sebagai pelajar sains sukan dan professional dalam kerjaya sains sukan. Kursus
ini akan memberi gambaran jelas akan peluang, cabaran dan potensi kerjaya dalam
dunia sains sukan setelah mereka bergraduat kelak.
Rujukan Utama 1. Wuest & Fisette (2014). Foundations of Physical Education, Exercise Science and
Sport. McGraw-Hill
2. Lumpkin (2013). Introduction to Physical Education, Exercise Science, and Sport
Studies. McGraw-Hill
3. Freeman (2013). Physical Education, Exercise And Sport Science In A Changing
Society. Sudbury, MA; Jones & Bartlett.
Pemberatan Penilaian Penilaian berterusan : 60%
Peperiksaan : 40%
Kemahiran Insaniah Kemahiran pemikiran kritikal, dan penyelesaian masalah: CT1-CT2
Etika dan moral profesional: EM1-EM2