Page 58 - SARJANA MUDA SAINS SUKAN (PENGURUSAN SUKAN)
P. 58
BUKU PANDUAN PUSAT SUKAN SESI AKADEMIK 2017/2018 51
Kod Kursus VIA3012
Tajuk Kursus Gelagat Organisasi Sukan
Kredit 3
Bahasa Pengantar Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia
Pra-Syarat Kursus/Keperluan Tiada
Minimum
Hasil Pembelajaran Kursus Di akhir kursus pelajar akan dapat:
1. Mengenalpasti teori gelagat organisasi dalam industri sukan;
2. Mengaplikasi prinsip teori gelagat organisasi di dalam suasana industri sukan; dan
3. Membuat penilaian mengenai gelagat organisasi sukan
Sinopsis Kandungan Kursus Kursus ini memperkenalkan pelajar tentang interaksi tingkahlaku individu dengan individu
lain di dalam konteks kerja berkumpulan di dalam sesebuah organisasi. Faktor-faktor
yang mempengaruhi persembahan kerja seperti motivasi dan sikap individu, persepsi
peranan kerja masing-masing serta persekitaran kerja fizikal akan dibincangkan secara
terperinci. Perbincangan akan merujuk kepada isu-isu sukan semasa. Di akhir kursus,
pelajar diharap akan lebih prihatin tentang keupayaan mereka dalam memahami,
mewujudkan serta mengawal suatu hubungan kerja sesama rakan sekerja yang positif di
tempat kerja.
Rujukan Utama 1. Woo (2013). Understanding Organizational Behavior in Research: Applications to
Sport Organizations.Lambert Academic Publishing.
2. Smith, Stewart & Haimes (2012). Organizational Culture and Identity: Sport,
Symbols and Success. Nova Science Publications
3. Stewart & Skinner (2014). Organizational Behaviour in Sport (Foundations of Sport
Management). Routledge
Pemberatan Penilaian Penilaian Berterusan: 60%
Peperiksaan Akhir: 40%
Kemahiran Insaniah Kemahiran Berkomunikasi : CS1-CS3
Pemikiran Kritis & Penyelesaian Masalah : CT1-CT3
Etika & Moral Profesional : EM1-EM2
Kod Kursus VIA3013
Tajuk Kursus Pengurusan Hospitaliti Sukan
Kredit 3
Bahasa Pengantar Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia
Pra-Syarat Kursus/Keperluan Tiada
Minimum
Hasil Pembelajaran Kursus Di akhir kursus ini pelajar dapat :
1. Membezakan pelbagai teori hospitaliti dalam sukan
2. Menerangkan matlamat hospitaliti sukan
3. Mengaplikasi teori dan kaedah hospitaliti dalam pengurusan sukan.
Sinopsis Kandungan Kursus Kursus ini akan melihat bagaimana hospitaliti sukan dijalankan sebagai sebahagian
aktiviti utama industri sukan. Antara matlamat utama kursus adalah mengenalpasti
objektif hospitaliti sukan dan membandingkannya dengan amalan hospitaliti sukan
profesional di luar negara.
Rujukan Utama 1. Supovitz, F. (2013). The Sports Event Management and Marketing Playbook.
Wiley & Sons; Hoboken, NJ.
2. MacDonald, I. & Moir, M.(2012). Event Sponsorhip. Routledge; New York, NY
3. Stephen, J.P (2011) Tourism Management. Heinemann: London
Pemberatan Penilaian Penilaian Berterusan: 60%
Peperiksaan Akhir: 40%
Kemahiran Insaniah Pemikiran Kritis & Penyelesaian Masalah : CT1-CT3
Pembelajaran Berterusan Dan Pengurusan Maklumat : LL1-LL2
Etika & Moral Profesional : EM1-EM2