Page 97 - SARJANA MUDA SAINS SUKAN (PENGURUSAN SUKAN)
P. 97

BUKU PANDUAN PUSAT SUKAN SESI AKADEMIK 2017/2018  83



                Kod Kursus                VHEE 2203
                Tajuk Kursus              NUTRISI SUKAN DAN METABOLISME
                Kredit                    4
                Bahasa Pengantar          Bahasa Inggeris
                Prasyarat/Keperluan Minimum   VHEE1202: Fungsi Anatomi dan Fisiologi
                Kursus                    VHEE1203: Nutrisi, Kesihatan dan Kecergasan
                Hasil Pembelajaran        Pada akhir kursus ini, pelajar dapat:
                                          1.   Merancang gizi makanan seimbang dan merangka diet bagi ahli sukan.
                                          2.   Menjelaskan proses biokimia, pencernaan, asimilasi dan peranan makronutrien dan
                                              mikronutrien.
                                          3.   Menghuraikan laluan metabolik yang terlibat dengan metabolisme tenaga.
                Sinopsis Kandungan Kursus   Tujuan  keseluruhan  kursus  ini  adalah  untuk  mendapat  pengetahuan  asas  nutrisi  dan
                                          metabolisme,  dan  metabolisme  yang  menjadi  landasan  bagi  pengajian  Sains  Sukan.
                                          Pelajar  akan  dapat  menerangkan  aliran  pemakanan  nutrien  dan  pengeluaran  tenaga
                                          bukan sahaja bagi bekalan tenaga latihan dan prestasi sukan tetapi juga kesihatan badan
                                          yang  optimum.  Ciri  kimia  dan  peranan  kedua-dua  makro  dan  mikronutrien  akan
                                          diterangkan dalam terma diet yang seimbang. Kursus ini memberikan asas kefahaman
                                          yang baik untuk mempelajari modul Sains Sukan yang seterusnya dan juga keperluan
                                          nutrisi khusus bagi atlet termasuk bahan yang dibenarkan dan bahan terlarang.
                Rujukan Utama             1.   McArdle, W. D., Katch, F. I., &  Katch, V.L. (2008). Sports and Exercise Nutrition
                                              (3rd ed.). Philadelphia: Lippincott Williams & Wilkins.
                                          2.   Burke, L. (2007). Practical Sports Nutrition. Champaign: Human Kinetics.
                                          3.   Meltzer, S. & Fuller, C. (2007).The Complete Book of Sports Nutrition: A Practical
                                              Guide to Eating for Sport.  London: New Holland.
                Kaedah Penilaian          Penilaian Berterusan    : 60%
                                          Peperiksaan       : 40%
                Kemahiran Insaniah        Kemahiran Berkomunikasi: CS1-CS3
                                          Pemikiran Kritis dan Penyelasaian Masalah: CT1-CT3
                                          Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat: LL1-LL2






                Kod Kursus                VHEE 2204
                Tajuk Kursus              PSIKOLOGI SUKAN
                Kredit                    4
                Bahasa Pengantar          Bahasa Inggeris
                Prasyarat/Keperluan Minimum   Tiada
                Kursus
                Hasil Pembelajaran        Pada akhir kursus ini, pelajar dapat:
                                           1.  Mengaplikasi pengetahuan asas psikologi dalam Psikologi Sukan.
                                           2.  Menghubungkaitkan teori-teori Psikologi Sukan dalam situasi sebenar latihan sukan.
                                           3.  Menjelaskan konsep Psikologi Sukan dalam prestasi sukan.
                Sinopsis Kandungan Kursus   Kursus ini melengkapkan pelajar dengan kemahiran yang sesuai dalam Psikologi Sukan.
                                          Faktor-faktor  psikologi  yang  mempengaruhi  prestasi  dan  penglibatan  sukan  akan
                                          dipertimbangkan. Pembolehuabah yang mempengaruhi motivasi, stres dan kebimbangan
                                          akan dibincangkan. Kursus ini juga akan meliputi teknik psikologi untuk meningkatkan
                                          prestasi.
                Rujukan Utama             1.   Weinberg, R. S. & Gould, D. (2007). Foundations of Sport and Exercise Psychology.
                                              Champaign: Human Kinetics.
                                          2.   Bonnie G. B., David P & Robert S. W. (2006). Foundations of Exercise Psychology.
                                               nd
                                              2  Ed. Fitness Information Technology.
                Kaedah Penilaian          Penilaian Berterusan    : 60%
                                          Peperiksaan       : 40%
                Kemahiran Insaniah        Pemikiran Kritis dan Penyelasaian Masalah: CT1-CT3
                                          Kerja Berpasukan: TS1-TS2
                                          Kemahiran Kepimpinan: LS1-LS2
   92   93   94   95   96   97   98   99   100   101   102