Page 98 - SARJANA MUDA SAINS SUKAN (PENGURUSAN SUKAN)
P. 98
BUKU PANDUAN PUSAT SUKAN SESI AKADEMIK 2017/2018 84
Kod Kursus VHEE 2206
Tajuk Kursus PEMBELAJARAN DAN KAWALAN MOTOR
Kredit 4
Bahasa Pengantar Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia
Prasyarat/Keperluan Minimum Tiada
Kursus
Hasil Pembelajaran Pada akhir kursus ini, pelajar dapat:
1. Menghuraikan teori, konsep dan prinsip pembelajaran dan kawalan motor.
2. Menggabungkan prinsip muskular dan neurofisiologi dalam kawalan motor dan
pergerakan sukan.
3. Menilai faktor-faktor yang mempengaruhi kawalan motor dan kemahiran
pergerakan.
Sinopsis Kandungan Kursus Kursus ini membincang tentang konsep, prinsip dan teori dalam proses memperolehi
kemahiran motor. Penekanan diberikan khusus kepada faktor neurofisiologi dalam
pembelajaran dan kawalan kemahiran pergerakan sukan dari peringkat kanak-kanak
hingga dewasa. Pelajar juga akan didedahkan kepada aplikasi prinsip pembelajaran
kemahiran sukan secara amali.
Rujukan Utama 1. Schimdt, R. A. & Lee, T. D. (2005). Motor control and learning: A behavioral
emphasis (4 Ed). Human Kinetics. Champaign Illinois.
th
th
2. Magill, R.A. (2010). Motor learning: Concepts and applications. 9 Ed. Singapore:
McGraw-Hill Int.
3. Schmidt, R.R. & Wrisberg, C.A. (2007). Motor learning and performance: A situation
based learning approach. 4th Ed. Champaign, IL: Human Kinetics.
Kaedah Penilaian Penilaian Berterusan : 60%
Peperiksaan : 40%
Kemahiran Insaniah Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah: CT1-CT3
Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat: LL1-LL2
Kod Kursus VHEE 3103
Tajuk Kursus BIOMEKANIK SUKAN
Kredit 4
Bahasa Pengantar Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia
Prasyarat/Keperluan Minimum VHEE2206 Pembelajaran dan Kawalan Motor
Kursus
Hasil Pembelajaran Pada akhir kursus ini, pelajar dapat:
1. Mengaplikasi prinsip mekanik kepada aktiviti harian dan kemahiran sukan.
2. Mengintegrasikan data pergerakkan manusia dengan menggunakan alat perakam
imej dan perisian tertentu.
3. Mengorganisasikan data pergerakkan 2-D/3-D dengan menggunakan software yang
tertentu.
Sinopsis Kandungan Kursus Pelajar akan mengaplikasikan prinsip-prinsip yang dipelajari kepada pergerakan
manusia. Bahagian kedua pula merangkumi amali penggunaan perisian analisa dalam
bentuk 2 dimensi.
Rujukan Utama 1. McGinnis, P. M. (2005). Biomechanics of sport and exercise. 2 Ed. Human
nd
Kinetics. Champaign Illinois.
2. Burkett B. (2010). Sports mechanics for coaches. 3rd Ed. Human Kinetics. Chapaign
Illinois
Kaedah Penilaian Penilaian Berterusan : 60%
Peperiksaan : 40%
Kemahiran Insaniah Kemahiran Berkomunikasi: CS1-CS3
Pemikiran Kritis dan Penyelasaian Masalah: CT1-CT3
Kerja Berpasukan: TS1-TS2