Page 56 - PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA
P. 56

(b)     membawa  masuk  ke  dalam  dewan  peperiksaan  beg,  tas
                                         tangan, mesin kira (calculator) dan jam tangan yang berbunyi
                                         atau boleh diprogramkan, sarung mesin kira,  bekas pensil.
                                         Atas sebab keselamatan, barang-barang bernilai seperti beg
                                         duit  dan  dompet  boleh  dibawa  masuk  ke  dalam  dewan
                                         peperiksaan  tetapi  diletakkan  di  bawah  meja  peperiksaan
                                         masing-masing;

                                 (c)     membawa  masuk  sebarang  peralatan  elektronik  atau  alat
                                         komunikasi termasukmusic players (mp3 players dan iPod),
                                         kamus elektronik, telefon bimbit, dan personal digital assistant
                                         (PDA).  Sekiranya  terdapat  calon  yang  membawa  masuk
                                         peralatan  berkenaan,  maka  calon  diminta  mematikan  dan
                                         meletakkannya di bawah meja peperiksaan. Universiti tidak
                                         akan     bertanggungjawab       atas     kehilangan/kerosakan
                                         barangan yang diletak di luar dewan peperiksaan;

                                 (d)     masuk ke dewan peperiksaan sehinggalah Ketua Pengawas
                                         membuat  pengumuman  masuk.  Calon  bertanggungjawab
                                         duduk  di  tempat  yang  disediakan  bagi  kertas  peperiksaan
                                         masing-masing;

                                 (e)     memakai  apa-apa  pakaian  yang  menutup  muka,  pakaian
                                         yang tidak sopan dan tidak sesuai dengan keadaan, selipar,
                                         topi,  seluar  pendek  dan  sarung  tangan  (kecuali  pelajar
                                         perubatan di klinik dan makmal) di dewan peperiksaan;

                                 (f)     masuk ke dewan peperiksaan selepas 30 minit peperiksaan
                                         dimulakan. Calon yang lewat menghadiri peperiksaan tetapi
                                         tidak lewat daripada had tempoh 30 minit tersebut tidak akan
                                         diberi masa tambahan untuk peperiksaan kertas berkenaan;

                                 (g)     meninggalkan  dewan  peperiksaan  dalam  masa  30  minit
                                         pertama selepas peperiksaan dimulakan. Calon tidak boleh
                                         meninggalkan  dewan  peperiksaan  dalam  masa  15  minit
                                         sebelum peperiksaan berakhir;

                                 (h)     merokok  dan  makan  di  dalam  dewan  peperiksaan  semasa
                                         peperiksaan  dijalankan. Walau  bagaimanapun,  calon  boleh
                                         membawa masuk air minuman kosong/mineral di dalam botol
                                         kecil yang lutsinar dan hendaklah  diletakkan di bawah meja
                                         peperiksaan. Lain-lain jenis minuman adalah tidak dibenarkan
                                         sama sekali.
                                 .





                                                             73
   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61