Page 59 - PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA
P. 59
3. ADUAN MENGENAI PEPERIKSAAN
(1) Jika, pada pendapat Ketua Pengawas/Pengawas dalam waktu
peperiksaan, timbul kejadian yang menjadikan peperiksaan tidak adil
kepada mana-mana calon, ia hendaklah melaporkan perkara itu
kepada Naib Canselor.
(2) Seseorang calon peperiksaan, guru atau mana-mana kakitangan
Universiti boleh mengadu kepada Naib Canselor bahawa
peperiksaan telah dijalankan secara tidak betul.
(3) Di mana sesuatu perkara telah diadukan kepada Naib Canselor
menurut perenggan (1) dan (2) di atas, ia boleh mengambil satu
tindakan seperti mana yang difikirkan sesuai olehnya, dan jika ia
mengarahkan bahawa satu lagi peperiksaan patut diadakan,
peperiksaan itu hendaklah dianggap sebagai peperiksaan yang
ditetapkan di bawah mana-mana Kaedah atau Peraturan yang
menguasai kursus yang berkaitan.
(4) Sebarang aduan oleh mana-mana guru Universiti bahawa
peperiksaan telah dijalankan secara tidak betul atau bahawa
peruntukan mana-mana Kaedah atau Peraturan yang berkaitan
telah tidak dipatuhi, hendaklah dibuat kepada Naib Canselor dan
Naib Canselor hendaklah menyiasat aduan itu dan melaporkan
keputusan penyiasatannya kepada Senat. Senat pula boleh
mengambil tindakan seperti yang difikirkannya sesuai.
4. TINDAKAN TATATERTIB KERANA KETIDAKPATUHAN ARAHAN AM
PEPERIKSAAN
Tindakan tatatertib akan diambil terhadap calon yang melanggar mana-
mana arahan yang dinyatakan di dalam Arahan Am Peperiksaan ini atau
arahan tambahan yang dikuatkuasakan dari semasa ke semasa.
76