Page 58 - PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA
P. 58

(5)    ARAHAN SELEPAS TAMAT PEPERIKSAAN

                                 (a)     Ketua  Pengawas/Pengawas  akan  membuat  pengumuman
                                         tentang    tamatnya      satu-satu     peperiksaan.     Setelah
                                         pengumuman ini dibuat semua CALON MESTILAH-

                                         (i)    berhenti menulis;

                                         (ii)   mengikat  buku  jawapan  tambahan  dan  sebarang
                                                kertas  jawapan  tambahan  (jika  ada)  kepada  buku
                                                jawapan utama; dan

                                         (iii)   meletakkan  buku  jawapan  di  penjuru  kanan    meja
                                                peperiksaan  masing-masing  bagi  membolehkan
                                                pengawas memungut buku jawapan tersebut.

                                 (b)     Semua buku jawapan sama ada yang telah dipakai ataupun
                                         tidak,  mestilah  ditinggalkan  di  dewan  peperiksaan.  Calon
                                         tidak  sekali-kali  dibenarkan  membawa  apa  jua  buku/kertas
                                         keluar dari dewan peperiksaan.

                                 (c)     Kertas  soalan  pelbagai  pilihan  (MCQ)  tidak  boleh  dibawa
                                         keluar dari dewan peperiksaan (tertakluk kepada kebenaran
                                         pensyarah bagi kursus yang berkenaan sahaja).


                   2.     PENGGANTUNGAN ATAU PEMBATALAN PEPERIKSAAN

                          (1)    Jika  Naib  Canselor  mempunyai  sebab  mempercayai  bahawa
                                 keadaan atau isi mana-mana soalan peperiksaan atau kandungan
                                 mana-mana  kertas  soalan  peperiksaan  mungkin  telah  diketahui
                                 sebelum  tarikh  dan  waktu  peperiksaan  yang  sebenar  oleh  mana-
                                 mana  orang  selain  daripada  pemeriksa  atau  Jawatankuasa
                                 Pemeriksa berkenaan atau Pendaftar atau mana-mana orang yang
                                 diberi kuasa oleh Pendaftar, Naib Canselor boleh memberi perintah
                                 penggantungan  peperiksaan  atau  pembatalan  kertas  soalan
                                 peperiksaan dan menyediakan kertas soalan baru.

                          (2)    Jika timbul satu-satu keadaan yang pada fikiran Ketua Pengawas
                                 Peperiksaan,  menyebabkan  perlu  pembatalan  atau  penangguhan
                                 peperiksaan,  ia  hendaklah  memberhentikan  peperiksaan  dan,
                                 dengan seberapa segera memungut kertas jawapan yang telah pun
                                 bertulis dan melaporkan perkara itu kepada Naib Canselor.





                                                             75
   53   54   55   56   57   58   59   60   61