Page 119 - VC Message
P. 119
Home of the Bright. Land of the Brave
Di Sini Bermulanya Pintar, Tanah Tumpahnya Berani
23. Sebuah tahun dengan tujuan lebih besar, daya tahan lebih utuh, kemajuan
berani dan kejayaan bersama kini menanti kita. Tahun di mana kesatuan kita
terus memperkukuh misi bersama, dan kepelbagaian kita kekal sebagai sumber
kekuatan dan inspirasi terbesar.
24. Sewaktu kita bergerak ke hadapan, kita melangkah dengan kejelasan dan
keyakinan bahawa kita akan:
• Memimpikan cita-cita yang lebih besar.
• Memperkukuh kecemerlangan dan impak.
• Memperkasakan pelajar dan staf kita.
• Mengangkat nama Malaysia di pentas dunia.
• Mencipta hari esok yang lebih baik untuk kemanusiaan.
25. Dunia tidak akan menunggu - dan UM tidak akan berhenti melangkah. Dengan
tekad yang diperkukuh demi masa depan yang lebih cerah, perjalanan ke hadapan
tidak boleh terbantut oleh masa lalu.
26. Inilah waktu penentuan - dan peluang terbaik untuk kita meninggalkan jejak,
membina legasi yang dikenang, memperbetul kesilapan, menyebarkan nilai,
menzahirkan kebaikan dan bersama mereka yang memerlukan.
27. Keindahan kemanusiaan akan sentiasa menjamin adanya hari esok yang lebih
baik - yang akan terus dibentuk oleh kita semua di Universiti Malaya.
Home of the Bright. Land of the Brave
Di Sini Bermulanya Pintar, Tanah Tumpahnya Berani 111
Noor Azuan Abu Osman
Naib Canselor
1 Januari 2026
2030jam

