Page 117 - VC Message
P. 117
Home of the Bright. Land of the Brave
Di Sini Bermulanya Pintar, Tanah Tumpahnya Berani
Mesej Tahun Baharu daripada
Naib Canselor
Warga Kampus yang dihormati,
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera
1. Sewaktu kita melabuhkan tirai 2025 dan melangkah ke hari pertama tahun baharu,
kita boleh berbangga dengan pencapaian dan kejayaan yang telah kita lakarkan
sepanjang tahun lalu - di mana ufuk dan lembaran baharu telah diterokai dan hasil
yang baharu dan berani telah dibentuk, digerakkan oleh tekad, kesungguhan dan
usaha berterusan daripada kita semua.
2. Ini sama sekali tidak bermaksud bahawa kita boleh mendepani 2026 dengan
rasa selesa; apabila kita terlalu dibuai nostalgia atau pandangan konvensional
yang menutup iltizam baharu untuk terus bekerja keras. Kita perlu terus kekalan
momentum untuk maju ke hadapan dan sentiasa memacu keupayaan masa depan
dari segi ketangkasan, daya tahan dan motivasi diri untuk penambahbaikan.
3. Saya akan berkongsi dengan bangga usaha bersama dan pencapaian yang kita
capai pada tahun 2025, serta gambaran dan hala tuju yang lebih jelas tentang
bagaimana kita akan bergerak ke hadapan pada tahun ini dalam Amanat Tahun
Baharu 2026 saya nanti.
109
4. Saya ingin merakamkan penghargaan kepada seluruh Warga UM - daripada
para penyelidik dan ahli akademik, kepada kakitangan teknikal dan sokongan,
kakitangan pentadbiran, para pengamal perubatan, pasukan keselamatan serta
warga barisan sokongan harian kita. Kesetiaan, ketabahan dan kerja keras anda
semua telah memungkinkan kejayaan kita hari ini.
5. Semua usaha anda tidak pernah dipandang sepi. Kami menghargai dan
menyanjung sumbangan serta pengorbanan anda, walaupun ada antara anda
mungkin tertanya-tanya sama ada niat tulus dan kerja keras anda benar-benar
diiktiraf.
6. Kita kini mempunyai sistem pengurusan bakat yang diperhalusi, di mana bakat
unggul serta kepakaran, etika kerja, pemikiran, niat, kecekapan kerja dan rekod
pengalaman serta sumbangan terdahulu dinilai, diiktiraf dan diurus secara
menyeluruh dan holistik.
7. Di samping tadbir urus, penyelidikan dan infrastruktur fizikal sebagai antara teras
fokus utama yang sedang kita perbaharui secara menyeluruh, pengurusan bakat
serta usaha menarik, mengurus dan mengekalkan bakat terbaik turut menjadi
fokus penting dalam lingkungan teras keutamaan kita.
8. Usaha ini telah membuahkan hasil positif, di mana kita kini memiliki barisan
modal insan terbaik, dan kita akan terus menarik lebih ramai bakat hebat dari
seluruh dunia. Semangat dan iltizamnya perlu kekal sama – keinginan berterusan
untuk menyumbang kepada universiti, rakyat, negara dan dunia. Bukan semata-
mata kerana ganjaran kewangan atau limpahan manfaat sampingan lain, tetapi
atas dorongan jiwa dan kebanggaan untuk berkhidmat kepada universiti tertua
dan terbaik negara - memanfaatkan sepenuhnya ekosistem kampus bagi
menghasilkan impak terbaik untuk negara dan kemanusiaan.
9. Tahun 2025 telah mengukuhkan prinsip ini, apabila kita menyaksikan kecekalan
dan usaha luar biasa ditonjolkan, dan kita berharap untuk melihat lebih banyak

