Page 112 - VC Message
P. 112

Leading with Purpose
                                      Messages of the Vice Chancellor     MESSAGES OF THE VICE CHANCELLOR




                                     19.  Selain itu, sektor-sektor penting bagi daya tahan dan kepentingan jangka panjang
                                         seperti sektor kesihatan menyeluruh dan kemajuan perubatan, perubahan sosio-
                                         demografi, serta spektrum geopolitik, pertahanan dan keselamatan juga sedang
                                         melalui perubahan dan tuntutan yang besar, ketika negara-negara dan pelbagai
                                         pelaku lain berlumba untuk menguasai kelebihan dan mengukuhkan kekuatan
                                         masing-masing.
                                     20.  Di sinilah peranan kita sebagai penjaga dan tonggak kekuatan negara menjadi
                                         paling kritikal, dan kita tidak boleh mensia-siakan peluang ini dengan merendahkan
                                         darjat diri sebagai pemerhati semata-mata, atau lebih buruk lagi, berada di bawah
                                         kebergantungan kepada pihak lain dari segi kapasiti dan kekuatan.
                                     21.  Mereka yang menderita akibat penyakit, kanser atau penyakit terminal menaruh
                                         harapan kepada mereka yang berada di barisan hadapan kemanusiaan untuk
                                         mencipta penemuan dan rawatan baharu. Mereka yang ditimpa bencana menaruh
                                         harapan kepada pihak yang mampu mengambil langkah pencegahan bagi
                                         mengurangkan impak iklim, atau mempercepatkan keupayaan keseimbangan
                                         karbon. Mereka yang terperangkap dalam konflik, kebuluran dan ketidaksamaan
                                         struktur menaruh harapan kepada mereka yang memiliki keinsafan moral serta
                                         keupayaan untuk mencegah peperangan melalui keamanan dan diplomasi.
                                     22.  Inilah keperluan, serta kewajipan moral, akademik dan penyelidikan yang mutlak
                                         dan bersifat lumrah bagi kita sebagai benteng tertinggi negara, pemegang suara
                                         kuasa yang paling berwibawa untuk melaksanakan perubahan yang diperlukan
                                         dan mencipta penyelesaian serta kelegaan kepada rakyat di seluruh dunia.
                                     23.  Kekuatan  moral  dan  nilai  murni  kita,  keyakinan  terhadap  kemanusiaan  dan
                                         maruah insan, serta keberanian harapan dan tindakan kita dalam membawa belas
                                         ihsan dengan kejelasan visi dan semangat, akan menentukan hala tuju Universiti
   104
   107   108   109   110   111   112   113   114   115   116   117