Page 5 - 6-Buku Panduan Maklumat Am
P. 5
LATAR BELAKANG AKADEMI PENGAJIAN MELAYU
Akademi Pengajian Melayu (APM) telah ditubuhkan pada tahun 1990 hasil daripada Laporan Lembaga Pengajian
mengenai Akademi Pengajian Melayu. Pada masa itu, Akademi Pengajian Melayu memberi tumpuan kepada
kegiatan penyelidikan, penerbitan, dan pendokumentasian, iaitu sebagai pelengkap kepada fungsi yang dijalankan
oleh Jabatan Pengajian Melayu (JPM) di Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Pada 14 Julai 1995, Jabatan Pengajian
Melayu dan Akademi Pengajian Melayu bergabung dengan rasminya untuk menjadi satu institusi akademi di
Universiti Malaya. Kegiatan utama APM terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Bahagian Pengijazahan dan Bahagian
Penyelidikan dan Pembangunan. Bahagian Pengijazahan terdiri daripada Jabatan Bahasa Melayu, Jabatan
Linguistik Melayu, Jabatan Kesusasteraan Melayu, Jabatan Sosio-Budaya Melayu dan Jabatan Kesenian Melayu.
Mulai tahun 2012, Jabatan Sosio-Budaya Melayu dan Jabatan Kesenian Melayu telah disatukan dari segi
pengurusan dan membentuk Jabatan Sosio-Budaya/Kesenian Melayu. Jabatan Penyelidikan, Jabatan
Dokumentasi dan Jabatan Penerbitan diletakkan di bawah tanggungjawab Bahagian Penyelidikan.
MISI PENUBUHAN AKADEMI PENGAJIAN MELAYU
Menjadi pusat kecemerlangan Pengajian Melayu dalam penyebaran dan pengayaan ilmu penyelidikan,
pendokumentasian, penerbitan, dan kegiatan-kegiatan akademik yang lain, dan secara khusus meletakkan
sumbangan Islam sebagai asas penting demi memberikan sumbangan kepada negara dan kesejahteraan sejagat.
4