Page 7 - 6-Buku Panduan Maklumat Am
P. 7
BAHAGIAN PENYELIDIKAN DI AKADEMI
PENGAJIAN MELAYU
Bahagian Penyelidikan ditubuhkan bagi mengendalikan dan menyelaraskan kegiatan-kegiatan penyelidikan,
pendokumentasian dan penerbitan.
Aktiviti Penyelidikan menumpukan perhatian kepada penyelidikan dalam bidang-bidang yang sedia ada dalam
Pengajian Melayu, Bahasa dan Linguistik Melayu, Kebudayaan Melayu dan Kesusasteraan Melayu. Bahagian ini
turut memberi penekanan dan penerokaan beberapa bidang utama seperti Sejarah Alam Melayu, Politik dan
Ekonomi Melayu, Pemikiran dan Falsafah Melayu, Kesenian Melayu, Permodenan Masyarakat Melayu, Orang
Melayu dalam Konteks Sains dan Teknologi, Agama dan Kepercayaan dalam Masyarakat Melayu, Pengajian Etnik
dalam Dunia Melayu dan lain-lain.
Aktiviti Dokumentasi menumpukan kegiatan kepada kerja-kerja pendokumentasian yang merupakan satu usaha
yang berterusan, selaras dengan prinsip-prinsip ilmiah dan kesarjanaan Pengajian Melayu. Kegiatan ini bercorak
menyokong dan meningkatkan taraf kesarjanaan bidang Pengajian Melayu. Pendokumentasian melibatkan kegiatan
yang luas yang meliputi pengumpulan manuskrip Melayu, bahan-bahan tradisi lisan Melayu, kumpulan hasil audio
dan visual Melayu, bahan-bahan budaya kebendaan, karya-karya sastera Melayu dan Bibliografi Melayu.
Aktiviti Penerbitan melengkapi kegiatan-kegiatan penyelidikan dan dokumentasi yang dijalankan. Hasil-hasil
penyelidikan, kerja-kerja dokumentasi, kerja-kerja transliterasi teks dan sebagainya diterbitkan untuk dijadikan
rujukan kepada semua lapisan ilmuwan terutamanya kepada mereka yang berminat dalam bidang Pengajian
Melayu.
6