Page 6 - 6-Buku Panduan Maklumat Am
P. 6
JABATAN-JABATAN AKADEMIK
DI AKADEMI PENGAJIAN MELAYU
Pada masa ini terdapat empat Jabatan Akademik yang mengendalikan kursus-kursus pada peringkat ijazah
pertama, iaitu:
1. Jabatan Bahasa Melayu
2. Jabatan Sosio-Budaya/Kesenian Melayu
3. Jabatan Linguistik Melayu
4. Jabatan Kesusasteraan Melayu
1. Jabatan Bahasa Melayu
Program Sarjana Muda Bahasa Melayu Profesional
Program ini menyediakan kursus yang lebih menumpukan pengajian kepada korpus bahasa Melayu baku.
Antara kursus yang ditawarkan ialah Bahasa Melayu Tinggi, Tatabahasa Bahasa Melayu, Stilistik Bahasa
Melayu, Bahasa dalam Komunikasi Interpersonal, Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Laras Bahasa
Melayu, Semantik Leksikal Bahasa Melayu, Analisis Wacana Bahasa Melayu, Pembelajaran dan Penguasaan
Bahasa Melayu, Leksikografi Bahasa Melayu, Kesantunan Bahasa Melayu, Retorik Bahasa Melayu, Bahasa
Melayu dan Multimedia, Sistem Ejaan Jawi, Penulisan Bahasa Melayu Profesional, Animasi Kreatif Bahasa
Melayu, Bahasa dalam Komunikasi Korporat, Penterjemahan Bahasa Melayu, Pembangunan Perisian Kursus
Bahasa Melayu dan kursus-kursus lain.
2. Jabatan Sosio-Budaya/Kesenian Melayu Program Sarjana Muda Pengajian Melayu
Program ini menumpukan pengajian kepada masyarakat Melayu yang mendiami alam Melayu sama ada
sebagai majoriti atau minoriti. Bidang yang menjadi tumpuan ialah budaya sebagai cara hidup, bahasa sebagai
alat komunikasi, kesenian sebagai unsur ekspresif dan kreatif dan kesusasteraan sebagai pemikiran aras
tinggi. Kursus-kursus yang ditawarkan merangkumi Tamadun Melayu, Pengajian Melayu Berteraskan Islam,
Teori Pengajian Melayu, Dunia Melayu, Identiti Melayu, Sosiologi Bahasa, Sejarah Kesusasteraan Melayu,
Seni Melayu dan Islam, Industri Kreatif Melayu, Bahasa dan Komuniti Melayu, Pengurusan Sumber Sejarah
Pengajian Melayu, Pemodenan dan Perubahan Orang Melayu, Ekonomi Melayu, Budaya Politik dan
Kepimpinan Melayu. Pendekatan yang digunakan adalah bersifat multidisiplin.
3. Jabatan Linguistik Melayu
Program Sarjana Muda Linguistik Melayu
Program ini menumpukan pengajian kepada disiplin linguistik global dan bahasa-bahasa rumpun Austronesia
dan Alam Melayu, iaitu seperti Pengantar Linguistik Melayu, Fonetik, Penulisan Dokumen Khusus,
Penyelidikan Lapangan, Sosiolinguistik, E-Linguistik, Fonologi, Morfologi, Linguistik Korpus, Linguistik Teks,
Kepelbagaian Dialek Melayu, Leksikologi, Kompetensi Komunikatif, Analisis Wacana Bahasa Melayu,
Penyuntingan Kesusasteraan, Sintaksis, Semantik, Filogenetik Bahasa, Pragmatik, Psikolinguistik, Kaedah
dan Teknik Penterjemahan dan Etnolinguistik.
4. Jabatan Kesusasteraan Melayu
Program Sarjana Muda Kesusasteraan Melayu
Program ini menumpukan pengajian kepada teori dan praktikal dengan penumpuan kepada tiga jurusan
utama, iaitu sastera teras dan pengajaran sastera pengurusan dan pemasaran sastera; dan sastera kreatif
dan penyuntingan sastera. Pemahaman dan penguasaan terhadap Sejarah Kesusasteraan Melayu, Teori
Sastera, Kritikan Sastera dan genre-genre sastera baik dalam sastera tradisional mahupun moden diberikan
penekanan. Di samping itu, penumpuan juga turut diberikan kepada kursus-kursus yang bersifat praktikal dan
profesional seperti Pengurusan dan Pemasaran Sastera, Penyuntingan Sastera, Pengajaran dan Penilaian
Sastera, Penulisan Kreatif dan Sastera dan Undang-Undang. Jabatan juga telah menambah kursus-kursus
baharu sesuai dengan kehendak majikan dan pasaran masa kini seperti Kesusasteraan Komunikatif,
Penerbitan Kesusasteraan, Penulisan Kesusasteraan Kanak-Kanak, Penulisan Kesusasteraan Remaja,
Kesusasteraan dalam Pendidikan, Penulisan Kreatif Puisi, Penulisan Kreatif Prosa, Kesusasteraan dalam
Multimedia dan Pengantar Kesusasteraan Dunia.
5