Page 6 - BUKU PANDUAN IJAZAH TINGGI SESI 2023 2024
P. 6
VISI, MISI DAN OBJEKTIF AKADEMI PENGAJIAN MELAYU
Visi
Keilmuan Pengajian Melayu bertaraf global yang memberi impak kepada dunia.
Misi
Menjangkau sempadan ilmu memupuk pemimpin berwawasan.
Objektif Akademi Penubuhan Akademi Pengajian Melayu
1. Mencari, mentakrif dan mengembangkan ilmu berdasarkan kebenaran yang bersendikan akidah
Islam.
2. Melahirkan ilmuan Pengajian Melayu yang cemerlang dan berjaya secara duniawi dan ukhrawi.
3. Menyediakan graduan dan ilmuan yang cekap, berinovatif, beriltizam, beradab, beragama,
berwawasan dan peka terhadap perkembangan ilmu agama dan ilmu keduniaan.
4. Mempertingkatkan serta melengkapkan usaha-usaha pendokumentasian bahan-bahan ilmu
berhubung dengan Pengajian Melayu dan memasyarakatkan bahan-bahan tersebut.
5. Menjadi pusat kegiatan penyelidikan Melayu yang utama dan terpenting di dunia. Merakam,
mengumpul, menyimpan, dan memasyarakatkan segala bentuk data tentang Pengajian Melayu.
6. Menjadi pusat kegiatan Pengajian Melayu yang terunggul di dunia dengan kegiatan seminar,
persidangan, dan kegiatan akademik lain yang berhubung dengan orang Melayu.
Untuk mencapai objektif-objektif di atas, jabatan-jabatan yang terdapat di APM telah ditubuhkan dengan
arah tujuannya yang tersendiri tetapi bersifat intergratif dan saling melengkapi.
5