Page 7 - BUKU PANDUAN IJAZAH TINGGI SESI 2023 2024
P. 7
LATAR BELAKANG AKADEMI PENGAJIAN MELAYU
Akademi Pengajian Melayu (APM) telah ditubuhkan pada tahun 1990 hasil daripada Laporan Lembaga
Pengajian mengenai Akademi Pengajian Melayu. Pada masa itu, Akademi Pengajian Melayu memberi
tumpuan kepada kegiatan penyelidikan, penerbitan, dan pendokumentasian, iaitu sebagai pelengkap
kepada fungsi yang dijalankan oleh Jabatan Pengajian Melayu (JPM) di Fakulti Sastera dan Sains
Sosial. Pada 14 Julai 1995, Jabatan Pengajian Melayu dan Akademi Pengajian Melayu bergabung
dengan rasminya untuk menjadi satu institusi akademi di Universiti Malaya. Kegiatan utama APM
terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Bahagian Pengijazahan dan Bahagian Penyelidikan dan
Pembangunan. Bahagian Pengijazahan terdiri daripada Jabatan Bahasa Melayu, Jabatan Linguistik
Melayu, Jabatan Kesusasteraan Melayu, Jabatan Sosio-Budaya / Kesenian Melayu. Mulai tahun 2012,
Jabatan Sosio-Budaya Melayu dan Jabatan Kesenian Melayu telah bergabung dari segi pengurusan
dan membentuk Jabatan Sosio-Budaya / Kesenian Melayu. Jabatan Penyelidikan, Jabatan
Dokumentasi dan Jabatan Penerbitan telah dibubarkan dan fungsi-fungsi jabatan tersebut diletakkan
bawah tanggungjawab Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan.
MISI PENUBUHAN AKADEMI PENGAJIAN MELAYU
Menjadi pusat kecemerlangan Pengajian Melayu dalam penyebaran dan pengayaan ilmu penyelidikan,
pendokumentasian, penerbitan, dan kegiatan-kegiatan akademik yang lain, dan secara khusus
meletakkan sumbangan Islam sebagai asas penting demi memberikan sumbangan kepada negara dan
kesejahteraan sejagat.
6