Page 8 - BUKU PANDUAN IJAZAH TINGGI SESI 2023 2024
P. 8

JABATAN-JABATAN AKADEMIK, AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

            Pada masa ini terdapat empat Jabatan Akademik yang mengendalikan kursus-kursus pada peringkat
            Ijazah Dasar dan Ijazah Tinggi, iaitu:

               1.  Jabatan Bahasa Melayu
               2.  Jabatan Kesusasteraan Melayu
               3.  Jabatan Linguistik Melayu
               4.  Jabatan Sosio-Budaya / Kesenian Melayu

            1.  Jabatan Bahasa Melayu

               Jabatan Bahasa Melayu menyediakan kursus yang lebih menumpukan pengajian kepada korpus
               bahasa Melayu baku.  Antara kursus yang ditawarkan ialah Tatabahasa, Bahasa Melayu Lisan,
               Stilistik, Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Kosa Kata dan Peristilahan, Laras, Semantik,
               Analisis Wacana, Pengajaran, Leksikografi, Kesantunan, Dialektologi, Retorik, Bahasa Melayu dan
               Multimedia,  Sistem  Ejaan  Jawi,  Bahasa  Melayu  Profesional,  Penterjemahan  Bahasa  Melayu,
               Pemerolehan Bahasa Melayu, Sosiolinguistik Bahasa Melayu dan Bahasa Melayu Tinggi.

            2.  Jabatan Kesusasteraan Melayu

               Jabatan Kesusasteraan Melayu menumpukan pengajian kepada teori dan praktikal kepada tiga
               jurusan utama, iaitu Sastera Teras Dan Pengajaran, Sastera Pengurusan dan Pemasaran Sastera;
               dan Sastera Kreatif Dan Penyuntingan Sastera. Pemahaman dan penguasaan terhadap Sejarah
               Kesusasteraan  Melayu,  Teori  Sastera,  Kritikan  Sastera  dan  genre  -  genre  sastera  sama  ada
               Sastera Tradisional Mahupun Sastera Moden diberikan penekanan. Di samping itu, penumpuan
               juga  turut  diberikan  kepada  kursus-kursus  yang  bersifat  praktikal  dan  profesionalisme  seperti
               Pengurusan dan Pemasaran Sastera, Penyuntingan Sastera, Pengajaran dan Penilaian Sastera,
               Penulisan Kreatif dan Sastera dan Undang-undang. Jabatan juga telah menambah kursus-kursus
               baharu  sesuai  dengan  kehendak  pasaran  masa  kini  seperti  Kesusasteraan  Komunikatif,
               Penerbitan  Kesusasteraan,  Penulisan  Kesusasteraan  Kanak-Kanak,  Penulisan  Kesusasteraan
               Remaja,  Kesusasteraan  dalam  Pendidikan,  Penulisan  Kreatif  Puisi,  Penulisan  Kreatif  Prosa,
               Kesusasteraan Elektronik dan Pengantar Kesusasteraan Dunia.







                                                    7
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13