Page 9 - BUKU PANDUAN IJAZAH TINGGI SESI 2023 2024
P. 9

3.  Jabatan Linguistik Melayu

                Program ini menumpukan pengajian kepada disiplin linguistik global dan bahasa-bahasa rumpun
                Austronesia dan Alam Melayu, iaitu seperti Pengantar Linguistik Melayu, Pertembungan Bahasa,
                Morfologi,  Pragmatik,  Dialektologi,  Kaedah  Penyelidikan  Linguistik,  Leksikologi,  Penulisan
                Dokumen  Khusus,  Linguistik  Bandingan,  Fonologi,  Etnolinguistik,  Psikolinguistik,  Penyelidikan
                Lapangan,  Sosiolinguistik,  Aspek  Linguistik  Bahasa  Klasik,  Sejarah  Linguistik,  Linguistik  dan
                Budaya,  Fonetik,  Kompetensi  Komunikatif,  Linguistik  Korpus,  Linguistik  Teks,  Semantik,  E-
                Linguistik, Tipologi Bahasa, Sosiologi Bahasa dan Perbandingan Sistem Antara Bahasa.

            4.  Jabatan Sosio-Budaya / Kesenian Melayu

               Sosio-Budaya  Melayu  menumpukan  pengajian  kepada  masyarakat  dan  budaya  Melayu,  iaitu
               tentang  Etnografi  Melayu,  Teori  Kajian  Masyarakat  dan  Budaya,  Kekeluargaan,  Agama  dan
               Kepercayaan, Perubatan dan Kesihatan, Hukum Adat, Pemikiran Masyarakat Melayu dalam Era
               Globalisasi,  Budaya  Popular  Melayu,  Seni,  Budaya  dan Warisan  Melayu,  Politik  dan  Ekonomi
               Melayu, Identiti Melayu, Gender, Masyarakat dan Budaya, Organisasi dan proses-proses sosial,
               hubungan etnik dan warga tua dalam masyarakat Melayu.

               Kesenian  Melayu  menumpukan  pengajian  kepada  aspek  teoretis  dan  pragmatis  dalam  bidang
               kesenian  dengan  penumpuan  kepada  penjurusan  Kesenian Integrasi  dan  Seni  Visual  &  Media
               Kreatif.  Kesenian  Integrasi  mengutamakan  aspek  seni  persembahan  Melayu  dan  hal-hal  yang
               berkaitan  dengan  proses  kreatif,  kemahiran,  teknologi  visual  dan  audio  serta  aspek-aspek
               pengurusan kesenian. Seni Visual & Media Kreatif pula menjurus kepada aspek-aspek seni visual
               tradisi,  moden  dan  kreatif  khasnya  yang  bernilai  estetik,  berkemahiran,  berdaya  usaha  sama,
               berasaskan praktik pengurusan dan kemajuan media kreatif dalam perkembangan semasa seni
               visual.













                                                    8
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14