Page 21 - Bulletin_APM_Mei_Jun2025
P. 21
PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU
PROGRAM SYARAHAN MUNSYI 2025 BERTAJUK
PERANAN BAHASA MELAYU DALAM DUNIA PEKERJAAN
DI DEWAN SEMARAK, AKADEMI PENGAJIAN MELAYU
22 Mei 2025 - Kelab Bahasa Melayu Profesional Universiti Malaya
(KBMPUM) telah menganjurkan Program Munsyi 2025 bertemakan
“Syarahan Bahasa Melayu: Peranan Bahasa Melayu dalam Dunia
Pekerjaan” yang berlangsung di Dewan Semarak, Akademi Pengajian
Melayu. Syarahan telah disampaikan oleh Prof. Dr. Rogayah A. Razak,
Dekan Fakulti Sains Sosial dan Seni Liberal, UCSI Kuala Lumpur.
Program ini membincangkan isu penggunaan Bahasa Melayu dalam
sektor awam dan swasta, termasuk cabaran persaingan bahasa dalam
dunia profesional serta keperluan memperkukuh peranan bahasa
kebangsaan dalam urusan rasmi dan korporat.
21

