Page 22 - Bulletin_APM_Mei_Jun2025
P. 22
PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU
SEMINAR ANTARABANGSA PENTERJEMAHAN,
BAHASA DAN BUDAYA MELAYU–CHINA KE-5
(MEMUPUK KEFAHAMAN LINTAS BUDAYA SERTA MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU
PADA PERINGKAT ANTARABANGSA)
22 Mei 2025 - Seminar Antarabangsa Penterjemahan, Bahasa dan
Budaya Melayu–China ke-5 telah berlangsung dengan jayanya pada 22
Mei 2025 (Rabu), bertempat di Beijing Foreign Studies University
(BFSU), Beijing, China. Seminar ini menghimpunkan para pensyarah
dan pelajar Pengajian Bahasa Melayu dari Malaysia, China, Singapura
dan Thailand, dalam usaha memperkukuh kerjasama ilmiah serta
memperluas wacana tentang penterjemahan, perkembangan bahasa,
dan hubungan budaya antara dunia Melayu dan China. Program ini
menjadi platform penting dalam memupuk kefahaman lintas budaya
serta memartabatkan bahasa Melayu pada peringkat antarabangsa.
22

