Page 25 - Bulletin_APM_Mei_Jun2025
P. 25
PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU
PELAJAR AKADEMI PENGAJIAN MELAYU
SERTAI PROGRAM SAHABAT KATA
ANJURAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
25 Mei 2025 - Seramai 14 orang pelajar daripada Akademi Pengajian
Melayu (APM), Universiti Malaya telah mengambil bahagian dalam
Program Sahabat Kata anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP),
bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang berlangsung
di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) pada hari Ahad, 25 Mei
2025. Penyertaan ini memberi peluang kepada pelajar untuk terlibat
secara langsung dalam pemerkasaan bahasa Melayu, selain
memperkukuh jaringan kerjasama antara institusi pengajian tinggi dan
agensi bahasa negara.
25

